Skip to main content

Posts

Showing posts with the label suami isteri

Waspada Para Suami, Inilah Hukum Bersetubuh Sebelum Isteri Mandi Wajib Disebabkan Haid. Mohon Sebarkan Ilmu Penting Ini...

Soalan : Assalamualaikum wbt, Saya sudah berkahwin. Sewaktu isteri saya selesai tempoh haid, saya terus melakukan hubungan seksual dengannya tanpa menunggunya mandi wajib terlebih dahulu. Adakah saya berdosa? Saya adukan hal ini kepada sebahagian pihak dan mereka menjawab saya wajib membayar kafarah. Benarkah hal itu? Mohon penjelasan. Jawapan : Waalaikumussalam wbt. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat. Adapun berkenaan dengan soalan yang ditanyakan, di dalam mazhab Imam al-Syafie, haram hukumnya seorang suami menyetubuhi isterinya dalam keadaan haid, atau dalam keadaan sudah terhentinya darah haid tetapi belum mandi. Ini berdalilkan firman Allah Taala: ÙˆَÙ„َا تَÙ‚ْرَبُوهُÙ†َّ Ø­َتَّÙ‰ٰ ÙŠَØ·ْÙ‡ُرْÙ†َ Maksudnya:  Dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebe...

Perhatian Pasangan Suami Isteri. Benarkah Suami Menanggung Dosa Isteri? Ini Penjelasannya

Ketika ijab kabul diucapkan maka tanggung jawab suami adalah terhadap isterinya. Segala yang dilakukan isteri, suami wajib mengetahui. Bahkan ketika sang isteri tidak melaksanakan shalat maka suami yang akan dipertanggungjawapkan di sana kelak. Beza halnya ketika suami tidak shalat maka sang isteri tidak ikut bertanggung jawab kelak di pengadilan sang Khalik. Dalam hal ini bukanlah kerana dosa isteri ditanggung oleh suami namun suami bertanggung jawab akan akhlak isterinya. Wajib mendidiknya menjadi wanita yang taat pada aturan Allah. Suami wajib mengingatkan isteri ketika isteri melakukan kesalahan dalam syariat atau kesalahan yang merugikan orang lain. Jadi dosa suami adalah ketika ia lalai mengingatkan isteri dalam menjalankan perintah Allah. Tidak mengingatkan isteri dalam menjauhi larangan Allah. Atau tidak mendidik isteri dengan benar dalam hal Agama. Oleh kerana itu wajib bagi suami untuk mempelajari ilmu agama lebih dalam dan mengajarkan serta mengajak isterinya...

"Wanita Paling Malang Adalah Wanita Yang Tersalah Pilih Suami" - Prof Muhaya..

Tertarik dengan kata-kata Prof Muhaya "Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami. Sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Kasihan. Parasnya cantik. Sudahnya dilayan seperti sampah. Bukan salah sang isteri. Atau mungkin memang betul salah dia. "SALAH MEMILIH SUAMI". Pakaian tidak mencerminkan agama juga keperibadian. Jangan tertipu dan akhirnya "padan muka aku". Setelah bernikah, bermakna selangkah kaki ke neraka atau ke syurga.."Tak salah memilih supaya tak tersalah pilih. Berkahwinlah bila dah rasa jumpa orang yang betul (dengan ikhtiar & tawakal pada Allah), bukan semata-semata sebab nak tutup mulut orang tanya bila nak kahwin. Nampak remeh hal ni tetapi, sesungguhnya berkahwinlah kerana Allah SWT. Ranjau rumah tangga amatlah hebat, tapi mudah-mudahan dapat dilalui dengan petunjuk daripada Allah yang Maha hebat. Bagaimana seorang wanita boleh mengharapkan lelaki yang tak mampu bang...

Pergaulan Bebas Di Tempat Kerja Merupakan Punca Sebenar Retak Rumahtangga, Jangan Ambil Mudah Jaga Ikhtilat, Biarlah Kena Dengan Caranya

Sudah hampir enam tahun aku berkerja dalam industri. Saja aku tidak nyatakan dalam industri mana, tapi aku akan bagi contoh berdasarkan pemerhatian aku terhadap diri sendiri dan kawan-kawan aku dalam bidang kerjaya. Mulanya nak guna perkataan “ikhtilat” tapi tak semua akan faham kecuali budak-budak usrah dan mungkin budak-budak UIA. Bergurau, jangan marah. Pergaulan bebas lagi senang orang ramai faham apa maksudnya dan tahu juga macam mana sifatnya. Sering kita baca berita atau artikel mengenai “Pergaulan bebas di kalangan remaja” atau “budak sekolah” atau “pelajar IPT”. Tapi rasanya jarang kita dengar tentang teguran pergaulan bebas di tempat kerja yang melibatkan suami-suami dan isteri-isteri orang. Baik yang muda 20-an hinggalah yang nak pencen 50-an. Aku akan ceritakan apa yang aku alami dan nampak selama aku berkerja. BERGURAU KETERLALUAN ANTARA LELAKI & PEREMPUAN Benda ni sangat biasa. Bergurau, gelak-gelak dan yang paling aku tak berkenan tepuk tamp...

" Suami Yang Baik Adalah Suami Yang Boleh Tahan Marah Ketika Isterinya Hilang Akal "

Tadi balik kerja, isteri saya mengajak saya keluar jalan. Oleh sebab duit gaji dia baru masuk selepas dia posting, maka saya turutkan jua. Dalam perjalanan ke tempat yang dituju, saya berborak segala macam hal. Dari zaman awal perkahwinan, hal-hal politik kerja, bawalah kepada cuti umum akan datang. Banyak juga dia membebel. Sehinggalah masuk kepada beberapa hal yang saya tersilap, contohnya bab sarapan pagi tadi yang dia buat, tapi saya terlupa bawa. Elok je bekas tu atas meja sehingga saya balik. Dan benar tuan puan, itu antara bullet yang digunakan dalam bebelan dia tadi. Saya mulakan langkah untuk mematikan bebelan tersebut. “Sayang. Imam Ghazali ada menyatakan suami yang baik adalah suami yang boleh menahan marah ketika isterinya hilang akal.” Isteri saya terdiam. Dia memandang muka saya dengan penuh tanda tanya. Dengan muka sedikit berlagak, saya menyambung. “Hilang akal di sini bukan bermaksud gila, sewel atau tiga suku. Tetapi hilang akal yang di...

Kenapa Setelah Menikah Isteri Tidak Lagi Kelihatan Cantik Dibanding Wanita Lain? Ini Penjelasan Rasulullah SAW

Seorang suami mengadukan apa yang dia rasakan kepada seorang Syekh. Dia berkata: “Ketika aku mengkagumi calon isteriku seolah-olah dalam pandanganku Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini. Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat banyak perempuan seperti dia. Ketika aku sudah menikahinya aku lihat banyak perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya. Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan kami, aku melihat seluruh perempuan lebih manis dari pada isteriku.” Syekh berkata:  ïºƒï»“ﺄﺧﺒﺮﻙ ﺑﻤﺎ ﻫﻮ ﺃﺩﻫﻰ ﻣﻦ ﺫﻟﻚ ﻭﺃﻣﺮّ!؟ “Apakah engkau tahu, ada yang jauh lebih parah daripada yang engkau alami ketika ini!?” Lelaki yang bertanya itu menjawab: “Iya, aku mahu.” Syekh: “Sekalipun engkau mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini, pasti anjing-anjing yang berkeliaran di jalanan itu lebih cantik dalam pandanganmu dari pada wanita manapun.” Lelaki yang bertanya itu tersenyum masam, lalu ia bertanya: “Kenapa tuan S...

"Ayang Marah Lagi Ke? Peluklah Abang.." - Isteri MENYESAL Seumur Hidup Kerana Tindakannya Ini

"Saya kejutkan dia dan minta maaf sambil mencium kaki dia. Saya menangis melihat keadaan suami saya seperti itu. Dia tengok saya dalam keadaan sedih dan menutup mata. Masa itu saya terlihat air mata menitis keluar dari matanya...." Saya nak bagi nasihat dan teladan bagi isteri di luar sana agar menghargai dan menghormati suami anda. Sekarang dah jadi seperti trend. Bila tercetus saja pergaduhan, terus isteri nak minta cerai atau suami ceraikan isteri. Tak boleh ke diperbaiki hubungan itu?  Ini kisah saya 12 tahun yang lalu. Saya isteri yang bahagia ada suami penyayang dan anak yang comel berusia 6 bulan. Usia perkahwinan 2 tahun, kami tidak pernah bergaduh. Usia saya pada ketika itu 21 tahun. Manakala suami pula 31 tahun.  Pada satu pagi, kami hantar anak ke rumah keluarga saya sebab ibu bapa saya nak cucu mereka bermalam di rumah. Malam itu kami suami isteri balik ke rumah kami sendiri. Masa nak balik, suami saya pelik. Dia merenung lama ke arah anak kami samb...

Perhatian Untuk Pasangan Suami Isteri. Sering Bergaduh, Ini Mungkin Punca Rezeki Susah Masuk Ke Dalam Rumah...

Kata orang, perkahwinan itu merupakan salah satu punca rezeki. Ditambah lagi bila adanya kehadiran cahaya mata. Semakin melimpah ruah rezeki yang diperoleh seisi keluarga. Gambar Hanya Hiasan Namun, jika sebaliknya berlaku seperti rasa gundah gulana, sering tidak cukup duit, anak pun selalu sakit, pasti ada puncanya.  Marilah kita bermuhasabah dan cuba menjadi suami dan isteri yang lebih baik. Memetik laman Irfan Khairi, di bawah ini merupakan antara sebab utama mengapa sukarnya rezeki masuk ke dalam rumah tangga.  1. Sering bergaduh Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat. 2. Merungut dan merasa anak-anak sebagai beban. Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah swt. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa terbeban. 3. Se...

Wahai Wanita, Inilah 10 Sifat-Sifat Yang Perlu Diamalkan Supaya Menjadi Penambah Rezeki Kepada Suami

Ramai yang tidak tahu bahawa sifat isteri sangat berperanan penting dalam membuatkan seseorang suami bertambah rezekinya. Mungkin rezeki itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi boleh dilihat melalui kesihatan yang baik, kehadiran cahaya mata, rumahtangga yang bahagia dan sebagainya. Jadi, bagaimana sifat isteri yang menjadi penambah rezeki kepada suami itu? #1 – Baik Agamanya “Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu akan beruntung.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Setiap pemuda yang mahu berkahwin sering diingatkan dengan hadis ini, nikahilah wanita yang beragama. Ini kerana wanita yang tahu akan agama pasti jelas akan apa yang perlu dilakukan dan apa perkara yang wajib dijauhi. Sangat beruntung sesiapa yang menikahi wanita yang beragama dan mengamalkan agamanya. Dengan solehahnya para isteri, pasti akan bertambahnya rezeki kepada para suami. #2 – Sentiasa Tawakal Kepada Allah “Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah...