Skip to main content

Posts

Showing posts with the label penjagaan kanak-kanak

Perhatian! Jangan Beri Anak Dos Ubat Berlebihan. 5 Perkara Wajib Tahu. Sila Sebarkan..

Soalan: Saya mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun. Dia kerap demam, sesak nafas, selesema dan batuk. Setiap kali ibu mentua memberinya ubat, pasti dia akan memberinya dalam dos yang berlebihan. Katanya bagi lebih biar cepat baik. Adakah ia akan memberi kesan sampingan kepada anak saya? Jawapan: Ubat-ubatan yang diberikan kepada kanak-kanak selalunya berpandukan kepada berat badan mereka. Ini adalah untuk mengelakkan kesan sampingan ubat-ubatan tersebut. Ubat yang diberikan dalam dos berlebihan tidak akan mempercepatkan proses pemulihan mereka.  Sebaliknya mereka boleh mendapat kesan sampingan ubat-ubat tersebut. Terutamanya ubat demam kerana dos berlebihan boleh memberi kesan kepada hati (liver) kanak-kanak tersebut. 5 perkara penting anda perlu beringat tentang ubat si anak: 1.    Anda perlu selalu memastikan bahawa anda memberikan dos yang betul pada anak ketika memberinya ubat. 2.    Ubat yang tidak disimpan dengan b...

TAK NAK MAKAN, PENGASUH LEMPANG MUKA BUDAK 4 TAHUN (VIDEO)

KOREA SELATAN - Sebuah video rakaman CCTV (hitam putih) bertarikh 8 Januari yang menunjukkan rutin harian pusat penjagaan kanak-kanak tersebar.  Ianya bukan video rutin harian yang biasa di mana kanak-kanak bermain dan ketawa riang, tetapi video yang tersebar itu menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan dibelasah oleh gurunya. Difahamkan, seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dilempang sekuat hati orang guru wanita yang bertugas. Kanak-kanak yang lain hanya mampu duduk melutut ketakutan melihat kejadian itu. Kanak-kanak malang itu bagaimanapun, bangun dan melutut semula di hadapan gurunya itu. Menurut sumber, guru wanita itu melempang kanak-kanak terbabit kerana enggan makan makanan (Kimchi) yang diberikan. Namun, guru terbabit menjelaskan kanak-kanak itu enggan makan dan dia sedang cuba mengajarnya untuk makan.  Kenyataan guru terbabit jelas sekali tidak selari dengan video rakaman cctv yang telah tersebar. Ibu bapa kanak-kanak be...