Amal Diet Terlalu Rendah Kalori, Selalu "Skip'' Makan Dan Ambil Ubat Kurus, Wanita Ditemui Tidak Sedarkan Diri Dan Akhirnya Meninggal
Ramai diluar sana yang dilihat terlalu obses untuk kurus, ada yang badan berisi atau obesiti sedang cuba mengurangkan berat badan, ada yang dah kurus keding pun masih diet kononnya 'gemuk'. Ramai antara mereka mencuba pelbagai diet, ada yang mengambil pelbagai jenis ubat untuk kurus, ada yang lebih teruk melakukannya diet sehingga memaksa badan menerima kalori yang terllau sedikit sehingga mendapat kesan sampingan yang tidak elok. Diceritakan oleh seorang Penasihat pemakanan seimbang untuk diet, Encik Muneer Othman di mana beliau mencerikan seatu kejadian yang baru berlaku di mana seoran gadis yang sedang diet untuk kurus, dia telah melakukan 'crash diet' iaitu sanggup berlapar atau skip makan ditambah dengan pengambilan ubat kurus menyebabkan dia telah tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital KAJIAN KES CRASH DIET (INI KISAH BENAR) Nadia (bukan nama sebenar) berusia 28 tahun. Beliau seorang wanita bekerjaya tetapi obese tahap 2 (bmi >...