Skip to main content

"Makan Sikit Pun, Badan Cepat Je Naik", Ikuti Tip Kekal Berat Badan Ideal Walau Usia Makin Meningkat

jaga berat badan, kawal berat badan, jaga pemakanan, masalah kegemukan, masalah boroi, perut boroi, punggung besar, peha besar, double chin


Berat badan sering kali menjadi salah satu aspek yang memberi kerisauan pada semua orang, tidak kira lelaki mahu pun wanita, muda mahu pun dewasa. Ianya adalah kerana, berat badan yang berlebihan dikatakan sebagai punca seseorang itu kurang keyakinan diri, dan juga boleh menjadi penyebab akan penyakit lain.

Namun begitu, bagi seseorang yang sudah meningkat dewasa, berat badan boleh naik dengan kadar yang sangat cepat, sedangkan hanya makan sedikit sahaja. Disebabkan ini, ianya membimbangkan, kerana pada usia yang sudah dewasa, seharusnya memiliki tubuh yang sihat, bagi menjalani aktiviti seharian dengan lebih mudah dan sihat.

Tetapi, kenapa agaknya, berat badan mudah naik, jika umur semakin meningkat? Dan apa pula yang boleh dilakukan, agar tidak mempunyai berat badan yang berlebihan? Jom kita ikuti perkongsian dari Dr Rizal Abu Bakar akan tip bagaimana untuk menangani permasalahan ini. 


MASUK 4 SERIES

Dah masuk 4 Series? Atau masih 3 Series? Atau baharu sahaja menjejak 5 Series? 3, 4 atau 5 bukan sekadar nombor. Ia wakil usia. Ia petanda sihat makin menjauhi. Apabila mencecah 40an perubahan mula mengintai. Perubahan mengganas. 

Makan sedikit. Tetapi badan membesar sebagai johan. Menjadi jalur lebar. Turunkan berat badan? Sesuatu yang amat menyeksakan. Kenapa ya?

Masa awal 20an, makan apa sahaja badan kekal sama. Puncanya metabolisme badan bertukar. Cara tubuh memproses makanan tidak seperti dulu.

Namun cara makan kita sama. Selera makin bertambah. Pantang disebut ada restoran baharu dan sedap, pasti kita melanda ke situ.

Apabila usia meningkat, tubuh kita menuntut perubahan. Langkah-langkah berikut boleh elakkan kita menjadi jalur lebar:

Amalkan K.E.R.A.S:

1. K = Kalori rendah Pastikan makanan kurang kalori. Makanan bergoreng tinggi kalori.

2. E = Elakkan makan selepas maghrib. Jauhkan dari supper, mengopi dan mengeteh. Mengair-mineral sahaja.



3. R = Rancang apa yang mahu dimakan. Bukan makan apa yang dihidang. Bukan makan apa yang ada.

4. A = Amalkan pengambilan makanan segar. Banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran


5. S = Senaman ini wajib. Buat masa sihat. Bukan setelah sakit.

Walau berapa pun usia kita. Apapun jantina kita. Tips K.E.R.A.S boleh membantu.

Diharap anda dapat mempraktikkan tip ini, agar mempunyai berat badan yang ideal, tidak kira berapa usia anda, tua atau muda. Kerana kesihatan yang baik bermula dengan persediaan di peringkat awal. Jom kita hidup dengan sihat, menerusi gaya hidup yang sihat.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...