Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Kucing Jalanan Menyelamatkan Bayi Dibuang

RUSIA: Jika tidak kerana kucing jalanan, bayi lelaki berusia antara dua hingga tiga bulan yang ditinggalkan dalam kotak di tangga luar flat Obninsk, wilayah Kaluga, di sini, mungkin maut akibat kesejukan ketika suhu sekitar kawasan berkenaan kurang daripada 0 darjah celsius, baru-baru ini.  Kucing yang diberi nama Marsha itu bagaikan penyambung nyawa bayi berkenaan apabila masuk ke dalam kotak dan memanaskan badan bayi itu dengan bulunya selama beberapa jam selain menjilat bahagian muka. Penduduk sekitar menemui kucing berkenaan dalam keadaan seperti melindungi bayi itu selepas terdengar bunyi kucing mengiau dengan kuat. “Bayi itu berada di tangga luar flat selama beberapa jam.  Terima kasih kepada Marsha yang menjaganya,” kata seorang jurucakap hospital kepada Central European News. Dalam pada itu, penduduk flat berkenaan, Nadezhda Makhovikova, yang ditemubual RT berkata, dia menjenguk ke kawasan tangga berhampiran rumahnya selepas mendengar bunyi kucing mengiau s

Menyayat Hati! Gambar Terakhir 5 Wanita Cantik Sebelum Di Hukum Mati (5 Foto)

Kesalahan sentiasa dilakukan sesiapa sahaja yang hidup didunia ini, dan jika melakukan kesalahan pastinya kita akan mendapatkan hukuman, semakin besar kesalahan tersebut maka semakin besar pula hukuman yang akan kita dapatkan. Hukuman akan tetap berlaku walaupun mereka mempunyai wajah yang rupawan, begitu juga bagi 5 wanita cantik ini yang mendapatkan hukuman terakhir yakni hukuman mati. 1. Ren Xue (Atas) Ren Xue merupakan gadis berusia 19 tahun yang mempunyai kisah hidup yang sangat tragis. Dia menjadi suspek pembunuhan seorang anak jutawan pengurus perlombongan emas. Beliau melakukan pembunuhan ini kerana Ren sering mendapat penganiayaan dan hamba seks. Sebelum Ren dihukum mati, dia telah pun mengandungkan anak kepada anak jutawan tersebut. 2. Liu Jingfeng Liu Jingfeng merupakan wanita cantik kedua yang dikenakan hukuman mati. Dia dihukum mati kerana kes pembunuhan yang dilakukannya, hal ini sama dengan kes dari Ren Xue yaitu Liu diseksa oleh majikanya sehingga hamil,

Kejadian Yang Menggemparkan Seluruh Penduduk dI Jerantut Petang Semalam [ 7 Gambar ]

Kejadian Yang Menggemparkan Seluruh Penduduk dI Jerantut Petang Tadi… (7 Foto)  – Budak sekolah terjatuh dalam longkang berhampiran simpang masuk 410.Mungkin sesuatu perlu di lakukan supaya perkara sama tidak berlaku lagi… Foto :Kierenjeet Singh Sohal Kieren

Gambar Pelukis Malaysia Mencetus Kontroversi

Pelukis dari Malaysia, Vincent Leong, menimbulkan kontroversi apabila mempamerkan potret gambar yang menunjukkan sisi belakang Yang di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong dalam satu pameran di Singapura, bulan lalu. Selain itu, potret yang digambarkan sebagai Perdana Menteri juga turut dipamerkan dari sisi belakang. Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mohd Hazizi Abd Rahman berkata, lukisan berjudul ‘Kenapamu, Malaysia?’ karya Leong itu bukan sahaja menghina institusi diraja malah dilihat bermotif menjatuhkan agama Islam. Katanya, ini kerana agama Islam di negara ini berada di bawah bidang kuasa raja-raja. “Lukisan tersebut seolah-olah menganggap bahawa raja juga boleh dipermainkan. Apabila semua orang pandang remeh Yang di-Pertuan Agong, siapa lagi yang akan hormat? “Institusi diraja akan menjadi tidak bererti dan akhirnya unsur Islam juga tiada tempat di negara ini. Inilah matlamat di sebalik penghinaan raja iaitu memastikan Islam tiada tapak kerana tapakny

Luahan Hati Seorang Janda Dipandang Serong Masyarakat Melayu

Assalammualaikum wbt..  Mengapa status sbg seorg j... selalu di pandang negatif oleh masyarakat kita. Terutama sekali org melayu. Lebih2 lagi kalau seorng j... berkahwin dgn seorg anak teruna.  sy menjadi seorng ibu tunggal ketika usia masih muda, selepas 2 tahun perkahwinan dgn suami, dia terilbat dgn kemalangan jln raya. Allah mengambil kembali pinjamanNya. Ketika itu sy masih belajar di ipta, dan mempunyai seorg putera yang masih kecil. baru belajar berjalan 2-3 tapak. Sedih terlalu sedih ketika itu., dengan pengajian yg masih bersisa, dgn anak yg baru ingin mengenal dunia, suami tercinta pergi meninggalkn sy dgn tiba2. Sy cuba kuat atas nama utk melihat anak sy membesar dgn sempurna. Sy kembali ke ipta slps seminggu pemergiaan suami. sy meneruskan pengajian, kembali ke kelas seperti biasa. Semua org terkejut melihat betapa kuatnya sy. Boleh ketawa dan belajar spt biasa. Tapi hakikatnya saya menyembunyikan rasa di hati. Di bilik sy menangis seorg diri. Hanya Allah s

7 GAMBAR -ANAK NURUL WAHAB AKSI 'PIRATE & ASTRONAUT'

Gambar dan aksi terkini newborn baby Nurul Wahab Depp yang diberi nama Raphael Depp yang dirakamkan oleh  CAMORA ARTS   berkonsepkan 'PIRATE THEME' dan 'ASTRONAUT THEME'. Meskipun melalui pelbagai kepayahan sebelum dan ketika melahirkan Raphael, namun nampaknya Nurul makin bahagia dengan kelahiran anak keduanya bersama Eric itu.  Jom tengok!             

Selebriti-selebriti yang meninggal dunia pada tahun 2014

Selebriti-selebriti tempatan Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini meninggal dunia Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu (5 Julai 2014) di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Allahyarhamah yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru. Jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail pada selepas solat Subuh dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor. Allahyarhamah meninggalkan seorang anak, Aliff Omar. Allahyarhamah telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.  Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu. Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin. Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 19

Malang Nasib Seekor Kucing Apabila Ekornya Dibakar

Malang nasib seekor kucing apabila dia menjadi mangsa kekejaman manusia yang tidak berhati perut. Tidak diketahui apa punca sebenar kejadian. Namun, apa yang pasti ialah kesakitan yang dialami si comel ini, pasti tidak terbayang betapa sakitnya terkena bakar. Kucing belang berwarna oren ini cedera di bahagian ekornya akibat dibakar oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Kucing itu ditemui oleh Alvin Zulfan. Bagaimanapun belum ada perkembangan terkini sama ada kucing malang itu. Gambar yang dikongsikan di laman Facebook Group Kelab Kucing Ku Sayang itu mendapat 100+ comment para pencinta kucing. Ada yang menyarankan agar Alvin menyapukan ubat gambat di ekor kucing berkenaan. Kami ingin kongsikan sedikit pengalaman mengenai kucing. Pernah menghadapi kes serupa ini. Setelah dibawa ke Klinik Kucing, doktor tidak menggalakan menyapu ubat gamat di bahagian luka. Ini kerana, ubat gambar bersifat panas dan jika disapu pada kulit kucing akan menyebabkan rasa tidak selesa dan panas p

Anak Sulung Awie Dedah Penipuan Rozana Misbun, Sedia Jadi Saksi

Puteri Aleeya Antasha merupakan anak sulung penyanyi Awie yang kini sedang naik turun mahkamah akibat kesnya bersama isteri Rozana Misbun. Puteri Aleeya Antasha yang kini berusia 15 tahun telah terpanggil untuk menceritakan pengalamannya sendiri sewaktu tinggal dan hidup bersama ibu tirinya, Rozana Misbun. Baru-baru ini, Rozana Misbun ada membuat kenyataan media apabila berjaya mendapat hak jagaan anak. Ini kenyatan dari Rozana Misbun: (temubual bersama mStar) Kenyataan Rozana Misbun Bagi anak gadis ini, kenyataan Rozana Misbun ternyata banyak penipuan dan dia sedia menjadi saksi untuk menceritakan kisah sebenar sekiranya diperlukan. Ini pula kisah dari pengalaman sendiri Puteri Aleeya Antasha: Kenyataan Puteri Aleeya Untuk pengetahuan Puteri Aleeya Antasha merupakan anak sulung Awie bersama bekas isteri, Arni Nazira. Mereka bercerai pada 16 Oktober 2006 dan dikurniakan 2 anak perempuan Puteri Aleeya dan juga Puteri Aleefa.