Skip to main content

Gambar Pelukis Malaysia Mencetus Kontroversi

Gambar Pelukis Malaysia Mencetus Kontroversi

Pelukis dari Malaysia, Vincent Leong, menimbulkan kontroversi apabila mempamerkan potret gambar yang menunjukkan sisi belakang Yang di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong dalam satu pameran di Singapura, bulan lalu.

Selain itu, potret yang digambarkan sebagai Perdana Menteri juga turut dipamerkan dari sisi belakang.


Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mohd Hazizi Abd Rahman berkata, lukisan berjudul ‘Kenapamu, Malaysia?’ karya Leong itu bukan sahaja menghina institusi diraja malah dilihat bermotif menjatuhkan agama Islam.


Katanya, ini kerana agama Islam di negara ini berada di bawah bidang kuasa raja-raja.
“Lukisan tersebut seolah-olah menganggap bahawa raja juga boleh dipermainkan. Apabila semua orang pandang remeh Yang di-Pertuan Agong, siapa lagi yang akan hormat?


“Institusi diraja akan menjadi tidak bererti dan akhirnya unsur Islam juga tiada tempat di negara ini. Inilah matlamat di sebalik penghinaan raja iaitu memastikan Islam tiada tapak kerana tapaknya ialah institusi diraja,” Beliau berkata, pelukis tersebut juga seolah-olah memprovokasi rakyat melalui tajuk digunakan.


“Pelukis menukar tajuk daripada slogan Keranamu Malaysia kepada Kenapamu Malaysia. Ia seolah-olah membawa mesej mengapa perlu ada raja dan secara tidak langsung menjejaskan kesetiaan rakyat kepada raja,” katanya.


Menurutnya lagi, sebagai pelukis, Leong mempunyai pelbagai pilihan lain sebagai subjek lukisannya. “Memang benar bahawa setiap individu mempunyai persepsi atau penilaian berbeza terhadap sesuatu hasil seni. Namun, mengapa pelukis memilih raja sedangkan terdapat banyak objek lain yang boleh dilukis?


“Jadi itu yang menimbulkan persoalan mengenai motif lukisan tersebut,” katanya.Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Leong.


Gambar Pelukis Malaysia Mencetus Kontroversi

Manakal Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, sepatutnya sebagai pelukis, banyak lagi lukisan kreatif dan positif yang boleh dilakar oleh Leong. “Saya tidak tahu apa maksud sebenar pelukis dan penganjur. 

“Sekiranya lukisan ini bertujuan untuk menghina, maka ia bakal melukakan hati rakyat Malaysia,” katanya.


Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Ketahui 10 Kebaikan Beras Perang Yang Boleh Diamalkan Bukan Untuk Orang Sakit Je..

Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi. Dengan menggantikan beras perang daripada beras biasa, ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan dari pelbagai segi. Ia menjadi makanan ruji yang amat baik dan sumber karbohidrat yang sihat kerana mengandungi nutrien yang baik seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium.  Semak 10 kebaikan yang dimiliki beras perang: Mengurangkan risiko kanser kolon Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon. Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat. Mencegah sakit jantung Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia men...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...