Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Brunei

Inilah Sebab Sultan Brunei Hebat Di Mata Rakyatnya Bukan Kerana Kekayaan Semata-Mata..Kongsikan Supaya Ramai Lagi Tahu..

Jika bercerita berkenaan Sultan Brunei mesti terlintas kehebatan kekayaannya dan kemakmuran negara yang rakyat kebanyakannya dalam kalangan mereka yang berada. Apa yang menyentak fikiran saya ialah setelah mendengar satu kuliah maghrib di sebuah masjid berkenaan Sultan Brunei yang suka kepada dakwah dan penyebaran Islam. Antaran ceritanya ialah: ~Ramai dijemput Ustaz daripada Malaysia untuk mengajar agama di madrasah yang baru ditubuhkan di sana bagi menyebarkan ajaran Islam kepada rakyatnya. ~Hampir keseluruhan orang Asli di sana memeluk Islam hasil usaha Sultan ini. Mana tidaknya, cuba anda bayangkan seorang Sultan sanggup turun padang berjumpa dengan rakyat biasa dalam program dakwah dan mengajak mereka memeluk Islam. Sudah tentu mereka sangat mudah bersetuju untuk memeluk Islam memandangkan reputasi Sultan ini dimata rakyat jelata sangat baik. ~Oleh kerana dana untuk dakwah di sana disalurkan daripada duit kerajaan maka aktiviti dakwah berlaku dengan sa...