Skip to main content

Perhatian Wanita, Berhati-Hati Inilah Makna Darah Haid Mengikut Jenis Warna

Kitaran haid boleh menerangkan banyak perkara mengenai kesihatan semasa seseorang wanita. Tahun lalu, American College of Obstreticians and Gynecologists menerbitkan sebuah laporan yang mencadangkan kitaran haid perlu diambil kira sebagai salah satu petanda penting bagi kesihatan seseorang seperti mana tekanan darah, denyutan nadi dan suhu badan. 

Mengapa? Bukan sahaja ia boleh menunjukkan jika seseorang wanita itu mengandung atau tidak, kitaran haid seseorang wanita juga boleh memberikan gambaran utama mengenai kesihatan hormon di dalam badan. 

Hormon-hormon ini lah yang akan memastikan semua sistem di dalam badan, dari sistem otak hinggalah ke sistem pembiakan, berjalan dengan lancar.

Walaupun apa yang normal dalam kitaran haid bagi seseorang wanita mungkin tidak normal bagi wanita-wanita lain, terdapat beberapa perubahan yang anda perlu berikan perhatian, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan warna darah anda. 


Kami ingin berkongsi 6 perkara yang badan anda cuba sampaikan mengenai kesihatan anda melalui warna darah haid.

1. Berwarna seperti merah jambu

Badan wanita yang mengeluarkan darah haid seakan warna merah jambu, mungkin mengalami kekurangan hormon estrogen. Lebih-lebih lagi jika ia diiringi dengan warna yang lebih cerah daripada kebiasaanya, atau jika anda merupakan seorang pelari tegar, kata Margaret Romero, seorang jururawat functional-medicine (perubatan yang fokus kepada pengoptimuman fungsi organ) yang berpusat di New York. 

Kajian mendapati senaman yang berlebihan boleh merendahkan tahap hormon estrogen, yang boleh seterusnya boleh memberikan kesan buruk  kepada kitaran haid, dan mungkin boleh menyebabkan kitaran haid seseorang itu terhenti. (Ia bukanlah perkara luar biasa jika seseorang atlit wanita itu terhenti proses ovulasinya)

Walaupun ia bukanlah sesuatu perkara yang besar, tahap hormon estrogen yang rendah boleh meningkatkan risiko oeteoporosis, jika dibiarkan tanpa dirawat. Jadi, jika baru-baru ini anda mula berlatih berlari untuk marathon, atau pertama kali bersenam sepanjang hidup anda, atau meningkatkan intesiti senaman anda dan menyedari warna darah haid anda tiba-tiba berubah menjadi cerah atau kitarahan haid semakin berkurangan, anda perlu berjumpa dengan doktor.

Margaret berkata penyebab-penyebab lain darah haid menjadi kemerahjambuan adalah kerana pemakanan yang tidak sihat, sindrom polisistik ovari (PCOS) atau perimenopaus (umur mendekati menapaus), yang mana apabila ovari seseorang kurang menghasilkan estrogen sebagai persediaan mengalami menopaus. (biasanya berlaku 4 atau 5 tahun sebelum menopaus).

2. Kelihatan seperti berair

Jika ini terjadi, seseorang itu mungkin kekurangan nutrisi. Warna seakan keputihan dan berair pada darah haid boleh menjadi penanda anemia yang teruk (kurang sel darah merah yang sihat), lebih-lebih lagi jika disedari darah haid menjadi lebih halus dan cair, yang mana biasanya ianya adalah pekat, kata Ob-gyn, Alyssa Dweck, M.D, penolong profesor klinikal di Mount Sinai School of Medicine di New York. Jika dipantau untuk beberapa kali kitaran, dan anda risaukan situatasi ini, pergi berjumpa dengan doktor untuk membuat ujian pengesanan kekurangan nutrisi.

Apa yang menambahkan lagi kekeliruan, kekurangan zat besi juga boleh disebabkan oleh darah haid yang banyak. Kajian 2014 telah memeriksa seramai 236 orang wanita yang mempunyai haid yang banyak, dan didapati 27 peratus daripada mereka kekurangan zat besi, dan 60 peratus yang lain mengalami anemia yang teruk). Jika darah anda keluar melalui pad atau tampon kurang daripada 30 minit, atau terpaksa bangun malam beberapa kali untuk menukar pad, atau selalu berasa letih, segeralah untuk berjumpa doktor untuk membuat ujian pemeriksaan zat besi.

3. Berwarna coklat gelap

Darah seseorang itu mungkin masih mengandungi lapisan uterus dan darah lama yang baru sahaja dikeluarkan daripada badan. Tapi, jangan panik, ia adalah sesuatu yang normal. "Dalam kes sebegini, kami tidak pasti mengapa ia terjadi, namun kadang-kadang darah tersebut tinggal lebih lama di dalam badan dan mengalir keluar secara perlahan-lahan," kata Alyssa Dweck. "Ia mempunyai masa yang lama untuk dioksidakan, oleh itu ia kelihatan seperti warna coklat atau hampir-hampir hitam. (Pastikan anda berjumpa dengan ob-gyn anda jika anda mengalami situasi ini.

Setiap wanita mengeluarkan lapisan uterus mereka daripada badan dengan kadar yang berbeza, namun, sebahagian besar daripadanya, jika darah yang keluar pada permulaan atau pengakhiran haid berwarna coklat, tiada apa yang perlu dirisaukan.

4. Pekat dan berwarna merah hati beserta darah beku

Seseorang itu mungkin mengalami kekurangan hormon progesteron, dan hormon estrogen yang tinggi. Walaupun sedikit darah beku itu adalah normal, namun darah beku yang bersaiz sebesar syiling 5 sen atau lebih besar menandakan ketidakseimbangan hormon yang serius. Margaret Romero mencadangkan supaya kurangkan pengambilan produk tenusu, soya dan gula, dan lihat jika ianya memberikan kesan.

Kemungkinan lain adalah uterine fibroids (ketumbuhan pada dinding uterus). Ia biasanya tidak merbahaya, tetapi boleh menyebabkan kesakitan. Jadi jika anda mengesyaki ianya adalah penyebab darah haid anda menjadi pekat, dipenuhi dengan darah beku, jumpa doktor dan buat pemeriksaan ultrasound.

5. Campuran antara merah dan kelabu

Anda mungkin mempunyai jangkitan, seperti STD atau STI (penyakit yang dijangkiti melalui hubungan kelamin). "Darah anda juga akan menjadi tersangat busuk (disebabkan sel atau tisu yang mati akibat dijangkiti penyakit). Anda perlu membuat ujian dengan segera supaya anda mendapatkan rawatan yang betul.

Wanita yang mengalami keguguran juga akan menyedari segumpal tisu yang berwarna kelabu yang kelihatan seperti hati," kata Alyssa. Jadi jika anda kemungkinan anda sedang mengandung atau mengalami keguguran, segeralah berjumpa dengan doktor.

6. Jika ia berwarna merah terang
Anda mempunyai kitaran haid yang sihat, teratur dan normal. Tetapi perlu ingat, "normal" bagi setiap wanita adalah berbeza, namun, kebiasaannya, darah yang berwarna merah terang seperti warna buah ceri, adalah petanda bahawa semuanya berjalan dengan lancar di dalam badan anda.


Diterjemah dari : Women's Health
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman