Skip to main content

'Jangan Biarkan Anak Guna Bouncer Tanpa Pengawasan' - Bayi Maut Terjerut Ketika Cuba Keluar Dari Bouncer

Bouncer, rocker, car seat dan yang sewaktu dengannya sepatutnya melindungi anak-anak kecil daripada sebarang kejadian yang tidak diingini. Namun, siapa sangka peralatan-peralatan seperti ini boleh 'membunuh' si penggunanya tanpa sedar?

Inilah sebabnya mengapa ibu bapa diingatkan agar tidak membiarkan si kecil bersendirian apabila menggunakan peralatan seperti ini. Silap-silap, nyawa anak sendiri melayang hanya kerana ibu bapa terleka seketika. Baca perkongsian dari lelaki yang gemar membaca buku-buku forensik ini. 



Dah lama cari gambar ini untuk bagi ibu bapa mudah faham. Masa yang terluang selalunya saya lebih suka baca tentang kes-kes forensik yang melibatkan kanak-kanak. Ini kes yang melibatkan rocker atau bouncer yang selalu digunakan oleh ibu bapa meletakkan bayi mereka di atasnya dan diikat agar tidak terjatuh. 

Dalam kes ini. bayi diletak dalam bouncer dan dibiarkan bersendirian tanpa sebarang pengawasan. Kanak-kanak ini biasalah, bukannya akan duduk diam. Mereka akan cuba keluar dan semasa dalam percubaan itu, tiba-tiba tersangkut dan tercekik. 

Jadi ingat, bukan tak boleh menggunakan peralatan-peralatan seperti ini semua. Namun biarlah si kecil ini di bawah pengawasan orang dewasa ketika menggunakan peralatan seperti ini. 


Begitu juga dengan anak-anak yang didukung dalam baby carrier ke apa entah namanya itu. Jangan seronok mendukung anak dan sibuk bershopping saja, silap-silap anak dah menjadi biru. 

Mungkin belum pernah terdengar kejadian seperti ini berlaku di Malaysia. Tetapi ada kes berlaku kalau anda rajin membaca buku-buku forensik. 

Seperti car seat itu, pasangkan tali itu elok-elok dan kemas. Jangan terlalu ketat sehingga anak sukar bernafas. Manalah tahu kalau anda sedang sibuk dengan telefon bimbit, anak dalam car seat pula cuba nak keluar tetapi tersangkut. Ibu bapa ingat anak baik saja tidur, sedar-sedar saja dah tak bernyawa. 

Jadi ibu bapa, kanak-kanak mesti sentiasa diawasi. Ya, kadang-kadang kita akan terlepas pandang tetapi cubalah buat yang terbaik. Bukan mahu menakutkan, cuma sama-sama beringat untuk anak-anak kita. - Wan Mohd Ashroff 
loading...


Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut? ...

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Perkongsian Dari Pomen Kereta 6 Tip Anda Perlu Lakukan Jika Kereta Anda Ditenggelami Air Semasa Banjir

Di Malaysia, kejadian banjir sering kali berlaku dan banyak rumah-rumah yang rosak, begitu juga dengan kenderaan. Ramai yang tidak mengetahui apa yang harus dilakukan sekiranya kereta anda ditenggelami oleh banjir yang melanda. Di sini disediakan beberapa tips penting yang perlu anda lakukan sekiranya kereta anda ditenggelami banjir. 1. Selepas banjir surut,  periksa kereta anda . Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk Enjin dan bahagian dalam kabin kereta. 2.  Jangan cuba hidupkan enjin kereta . Tindakan ini biasanya akan menyebabnya supaya anda punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di ganti. 3. Kos untuk sebuah kotak ...