Skip to main content

10 Selebriti Lelaki ‘Hot’ Dambaan Wanita

Jika wanita sinonim dengan kecantikan, lelaki pula pada ketampanan mereka. Jadi,tidak hairanlah  ada yang sanggup berhabis duit demi menjaga penampilan.
Begitu juga dengan selebriti lelaki, baik di luar negara mahupun aktor tempatan. Mereka ini dilihat sentiasa mahu tampil kacak dan bergaya. Bahkan ada di antaranya menjadi kegilaan ramai terutama kaum wanita selepas drama  atau filem yang dibintangi mereka meletop.
10 Selebriti Lelaki ‘Hot’ Dambaan Wanita

Ikuti 10 selebriti lelaki pilihan wanita  yang paling ‘hot’!
1. David Beckham,39,Pemain bolasepak/Model
Kacak dan tangkas di padang bola ternyata membuat nilai diri David Beckham melambung tinggi. Selain menerima bayaran yang cukup lumayan menerusi pekerjaan sebenarnya sebagai pemain bola sepak, Beckham memperoleh pendapatan luar biasa sebagai duta beberapa produk. Beliau menjadi kegilaan wanita di seluruh dunia kerana merupakan pemain bola sepak yang paling seksi. Beliau juga merupakan seorang bapa kepada empat orang cahaya mata dan suami kepada bekas penyanyi kumpulan Spice Girls,Victoria Beckham.
2. Zul Ariffin,28,Pelakon/Model
Nama Zul Ariffin terus menjadi bualan ramai terutama selepas membintangi drama Rindu Awak 200% baru-baru ini. Berbadan sasa,senyuman manis dan yang pasti, lakonannya dalam drama tersebut mencairkan hati ramai gadis di luar sana.
3. Aaron Aziz, 37, Pelakon/ Pengacara
Sudah berkeluarga dan memiliki tiga cahaya mata, penangan Aaron Aziz masih lagi berbisa dan diminati ramai apatah lagi ketika melakonkan watak lelaki romantik.
Ternyata wajah kacak dimiliki Aaron dengan bahasa tubuh serta bakat besarnya dalam lakonan membuatkan dia masih mampu ‘mencairkan hati’ jutaan wanita dan sememangnya layak dikategorikan sebagai lelaki ‘hot’.
4. Awal Ashaari, 33, Pengacara/ Pelakon
Sebut saja nama Awal Ashaari, beliau bukan sekadar pengacara kacak berbakat, tetapi suami pelakon Scha Alyahya dan bapa kepada Lara Alana ini juga cukup dikenali dengan gayanya yang bijak berfesyen.Memiliki wajah tampan dengan gaya tersendiri apabila menghadiri majlis hiburan berprestij, tidak hairanlah Awal boleh dikategori dalam barisan selebriti yang ‘hot’.
Awal Ashaari boleh dikatakan sebagai salah satu contoh artis yang banyak mempamerkan gaya seorang lelaki metroseksual,penataan gaya banyak dipengaruhi unsur dari K-Pop. Beliau dilihat amat menjaga penampilan dirinya dan tetap nampak hebat walaupun hanya memakai T-shirt
5Remy Ishak, 32, Pelakon
Pelakon popular Remy Ishak juga dilihat mempunyai daya tarikan yang tinggi. Walaupun berkulit sawo matang, Remy tetap tampak kacak dan menawan dalam kelas tersendiri. Bahkan, bintang filem dan drama ‘Nur Kasih The Movie’ ini juga makin bijak bergaya. Beliau sangat terkenal dengan penampilan yang kelihatan cukup ‘macho’ apabila tampil bergaya formal dengan pemakaian sut lengkap dan berkot.
6. Aeril Zafrel, 26, Pelakon
Pelakon Aeril Zafrel yang juga suami kepada aktres Wawa Zainal juga tidak kurang kacaknya kerana berwajah jambu. Berstatus suami orang dan ayah kepada seorang anak, pembabitan Aeril dalam lakonan yang bermula menerusi filem ‘Aku Tak Bodoh’ pada 2010 itu, kini sudah melangkah jauh hingga ke Barat apabila berlakon di samping pelakon handalan, Christina Ricci dan Sharon Stone dalam sebuah filem Hollywood.
7.Izzue Islam, 24, Penyanyi/ Pelakon
Anggota Fourteen ini walaupun sudah berkahwin tetapi tetap popular  kerana kekacakan wajahnya yang comel persis keanak-anakan. Izzue Islam merupakan selebriti yang paling banyak dicari menerusi Google sepanjang tahun 2013. Nampak gayanya kekacakan penyanyi dan pelakon ini menjadi kegilaan peminat industri hiburan tanah air Malaysia. Beliau juga mempunyai pakej yang lengkap disamping lakonan yang romantik di dalam drama “Sebenarnya Aku Isteri Dia” bersama Tiz Zakiyah.
8.Keith Foo,31,Pelakon/Model
Adakah anda juga seorang peminat tegar drama ‘Ariana Rose’? Pasti anda kenal dengan pelakon kacak yang memegang watak Adam iaitu Keith Foo. Percayalah, siapa yang tak jatuh hati dengan beliau. Watak yang dilakonkan sememangnya menggambarkan lelaki idaman setiap gadis, seorang lelaki nakal yang akhirnya berubah menjadi baik kerana cinta. Menariknya tentang beliau ialah beliau merupakan anak kelahiran Gemas, Negeri Sembilan tapi telah mencipta nama di Indonesia selama lebih 8 tahun sebagai pelakon dan model.
9. Lee Min Ho,24,Pelakon/Penyanyi 
Jejaka kacak berusia 24 tahun ini berjaya mencipta nama di persada hiburan sekelip mata. Beliau mula menjadi kegilaan para gadis ekoran dari lakonannya dalam drama hit Boys Over Flower. Selepas membintangi drama tersebut, popularitinya dilihat semakin meningkat. Beliau memiliki pakej lengkap dan tidak hairanlah peminat sanggup berasak-asak untuk bertemunya setiap kali dia berkunjung ke mana-mana negara.
10. Nazim Othman,26,Pelakon/Model
Nazim merupakan antara lelaki ‘hot’ yang jadi pujaan ramai. Kacak sungguh orangnya, maka tidak hairanlah kalau Nazim selalu jadi buruan wanita. Sekali pandang beliau macam pelakon Korea kerana cara berpakaian beliau mengambil inspirasi daripada unsur K-Pop. Nazim Othman yang baru berusia 26 tahun setakat ini sudah berlakon banyak drama.
Kesimpulan
Walaupun seseorang lelaki itu sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata,namun mereka masih mampu menjadi dambaan wanita berdasarkan aura dan personaliti yang ditonjolkan.

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman