Skip to main content

Sayu.. Anak Rita Rudaini Menulis Sebuah Karangan Kepada Ibunya Buat Orang Ramai Mengalir Air Mata

Dua hari lalu, aktres jelita, Rita Rudaini memuat naik gambar di laman Instagram yang memaparkan karangan ditulis anaknya, Airit Rayyan Rizqin yang berusia tujuh tahun. 

Sayu.. Anak Rita Rudaini Menulis Sebuah Karangan Kepada Ibunya Buat Orang Ramai Mengalir Air Mata

Karangan dalam Bahasa Inggeris itu membuatkan hati ibu tunggal yang juga tuan punya premis perniagaan, Rumah Kueh itu menjadi sayu. Antara lain, Rayyan menulis mengenai ibunya yang suka warna putih, memasak untuk dirinya dan adik, Airit Qaqa Arjuna, 5, setiap hari dan menjaga mereka dengan baik. 

Malah, gambar yang dimuat naik turut membuatkan ramai peminat terharu. Sehingga hari ini, gambar itu mendapat lebih 18,000 tanda 'likes' dengan hampir 500 ulasan. 

"Baru sampai rumah, penat, letih, stress dan sedih. Tapi semuanya terubat apabila membaca karangan ini (merujuk kepada gambar yang dimuat naik," tulis Rita pada laman bergambar popular itu. 


Malah, Rita turut mempersoalkan kenapa Rayyan melukis gambar mereka bertiga sedangkan karangan yang perlu dibuat ialah mengenai ibu. 

Rayyan kemudian menjawab gambar bertiga barulah lengkap. 

"Gembira sangat tapi hati mummy (Rita) sangat sayu... Hati anak mummy sangat baik," tulis Rita lagi memuji anaknya itu. Pelakon berusia 40 tahun itu sudah empat tahun hidup sebagai ibu tunggal. 

Rita sebelum ini mengakui Rayyan antara pendengar setia yang selalu mendengar keluhannya setiap kali berdepan masalah.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...