
PANTANG LARANG DALAM HUBUNGAN SUAMI ISTERI
✔ Jangan puji orang luar, jiran tetangga atau saudara mara secara berlebihan.
✔ Hindar meninggikan suara/menjerit memanggil pasangan. Tegur dan nasihatlah dengan nada rendah agar tidak mengguris hati.
✔ Usah lontarkan kritikan pedas yang menguris perasaan pasangan. Sentiasa membuka hati untuk menerima pandangannya.
✔ Jangan berbohong dengan pasangan. Tiada tempat dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar.
✔ Usah meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab yang munasabah. Elak juga menjauhkan diri daripada isteri walau ketika isteri sedang haid.
✔ Bersedia untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sesekali merasakan diri tidak bersalah/betul setiap masa.
- Ustaz Mohd Kazim Elias
Pendek kata, jujur dalam perhubungan dan pupuklah Islam sebagai cara hidup dalam berkeluarga... InsyaAllah semuanya okey :)
ReplyDelete