Skip to main content

Netizen Meroyan Dengan Iklan 'Rasis' Bata, Rupanya Ini Maksud Sebenar Iklan Itu

Memang iklan sangat memainkan peranan penting bukan sahaja untuk menarik perhatian pengguna untuk membeli produk yang ditawarkan, malah turut memberi maklumat berguna kepada masyarakat. 

Namun begitu, kadang kala cara iklan itu dipaparkan membuatkan ramai orang salah faham, seterusnya menyebabkan masalah berbangkit pula selepas ini.

Seperti yang berlaku kepada iklan oleh kasut Bata ini. Seorang pengguna, sukar menerima apa yang ditunjukkan menerusi iklan tersebut yang dianggap bersifat perkauman atau rasis. 

"Seriuslah, ini ke cara awak market atau apa. Bata, tolong buang marketing manager atau brand manager anda. Sangat memalukan. Ini Bata di KLCC," tulis seorang lelaki menerusi laman sosialnya. 

Dia menjadi bengang dengan iklan berbunyi "Shoes for: Indian school children" yang dianggapnya menghina dan bersikap rasis. 

Malah, ramai netizen lain juga turut bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh lelaki ini. 

"Ini betul-betul rasislah! Oh my god!"

Tak dinafikan, jika melihat satu sudut, iklan tersebut boleh membuatkan ramai salah faham. Pasti ramai yang tertanya-tanya apa tujuan sebenar iklan ini?

Rupanya, ia iklan ini adalah untuk mempromosikan kasut tenis Bata, yang pertama kali dikeluarkan di negara India untuk anak-anak bersekolah di situ, pada tahun 1936. 

Sejak itu, terdapat lebih 500 juta pasang kasut itu dijual di seluruh dunia dalam masa 80 tahun ini. Memetik Twitter bata,

"Kasut tenis Bata, pertama kali dibuat di India pada 1936 untuk anak bersekolah. Mungkin ia merupakan kasut paling laris dalam sejarah? 500 juta pasang sejak 80 tahun lalu!"

Wow, ternyata ia memberi maksud yang sangat positif iaitu meraikan jenama kasut tersebut yang sudah berada di pasaran lebih 80 tahun lamanya. 

Kesimpulannya, jangan cepat melatah dengan apa-apa perkara yang dipaparkan terutamanya jika ia dikatakan menyentuh hal sensitif seperti agama atau kaum. Semak dulu sepenuhnya ayat dalam iklan itu misalnya, dan jangan mudah sentap! 
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...