Skip to main content

Mengaku Miskin, Tapi Aktif Di Media Sosial?

Menyebut tentang istilah "miskin", ramai yang tidak tahu tentang pengertian sebenar istilah berkenaan dan hanya setakat menyebut saja tanpa memahami. Mendengar dan terpengaruh pada cakap-cakap orang, mungkin ada yang menganggap dirinya "miskin".

Ada yang mengaku "miskin" di laman sosial. Namun "miskin" bagi individu itu, dia masih mampu memiliki telefon pintar dan membeli data internet untuk aktif di media sosial.

Ada yang mengaku "miskin", tapi di rumahnya ada piring Astro dan televisyen LED bersaiz 40 inci. Malah ada orang yang mengaku "miskin", tapi selamba membeli pakej sukan dari stesen televisyen berbayar itu.

Ada yang mengaku "miskin", tapi laman sosialnya sering dimuat naik dengan aktiviti percutian, menginap di hotel, makan besar di restoran dan tidak malu untuk 'tag' rakan-rakan menghebohkan diri berlibur bersama keluarga.

Miskinkah seseorang yang mampu membeli telefon pintar, data internet, televisyen moden, melanggan Astro,  bercuti, menginap di hotel dan makan besar di restoran?

Atau mereka sebenarnya "miskin" disebabkan nafsu? Jika kaya sekalipun dan bercakap mengenai orang miskin diluar sana, mengapa mereka tidak sedekahkan sebahagian kemewahan mereka pada golongan yang memerlukan itu? 

Bayar hotel RM350 untuk satu malam, lokek sangatkah untuk sedekah RM100 untuk saudara yang memerlukan? Bukankah Rasulullah SAW bersabda bahawa tidak sempurna iman seorang muslim itu jika tidak memberikan bantuan yang terbaik buat saudaranya?

Miskin atau tidak seseorang itu, ia adalah bergantung pada sikap sendiri.

Ada yang sebenarnya kaya dengan wang ringgit tersimpan di dalam bank. Namun dia tetap berjimat namun tidak kedekut bersedekah ke jalan Allah. Tidak dihebah pun sedekahnya, malah tangan kiri tidak tahu entah bila tangan kanannya bersedekah.

Orang begini selalunya tidak miskin. Malah Allah tambah lagi rezeki baginya sama ada di dunia mahupun "rezeki" di akhirat dalam bentuk pahala. Itu janji Allah kepada mereka yang bersyukur, bukan?

Mungkin ramai yang mengeluh tentang kos sara hidup yang meningkat. Kos sara hidup memang meningkat di mana-mana mengikut dekad dan zaman. Contohnya, kos sara hidup di zaman Tun Abdul Razak sudah tentu lebih rendah berbanding di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jadi, tidak hairanlah jika kos sara hidup di zaman Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak juga meningkat berbanding di zaman Tun Hussein Onn.

Bezanya, orang dulu tidak mengeluh tentang kos sara hidup. Mereka bersabar dan berusaha meningkatkan taraf hidup masing-masing. Mereka berbelanja sekadar mampu dengan mengukur "baju di badan sendiri", tanpa mengikut nafsu dan kehendak yang tidak bertepi.

Semua orang mahu miliki rumah banglo, berkereta mewah dan hidup senang lenang bersama keluarga tersayang. Namun tidak semua Allah berikan rezeki yang lebih dan masing-masing telah ditetapkan habuannya.

Ada di kalangan mereka yang memaki hamun kerajaan kononnya menjadi faktor penyebab yang menyusah dan memiskinkan rakyat. Padahal, rezeki itu adalah ketentuan Allah SWT, bukannya terletak di tangan kerajaan.

Contohnya, jika Najib mahu berikan RM50,000 kepada si polan yang miskin, namun sekiranya Allah SWT tidak mengizinkan rezeki itu sampai ke tangan si polan itu, maka yakinlah bahawa wang itu tidak akan diterimanya.


Namun jika Allah SWT mahu berikan rezeki kepada hambanya, tidak perlu minta pada Najib sekali pun, maka Allah akan berikan melalui cara dan jalan yang dia sendiri tidak sangka. Bukankah itu tertera di dalam Al-Quran? Atau kita sendiri tidak percaya pada firman Allah?

Justeru itu, bersyukurlah dengan apa saja yang kita ada walaupun secupak beras dan RM10 di dalam poket kerana Allah sudah berjanji akan menambah rezeki pada mereka yang bersyukur pada pemberianNya.

Usahlah mengeluh atau menyalahkan pihak lain sekiranya kita gagal mengawal nafsu dan kehendak diri untuk bermewah-mewah kerana Rasulullah SAW sendiri pernah berpesan untuk berjihad melawan nafsu dan itulah "musuh" kita yang paling sukar untuk ditewaskan.

Seperkara lagi, buanglah perangai buruk memaki hamun tanpa asas yang tepat kerana ia bukan hanya mengundang dosa, malah ia akan menyebabkan kita semakin miskin di akhirat kelak. 

Persoalan yang perlu kita tanya pada diri sendiri, mengapakah di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat dahulu mereka lebih selesa untuk menjadi miskin harta berbanding hidup kaya raya?

Ingatlah bahawa Allah tidak melihat pada harta kekayaan, namun lebih kepada ketinggian TAQWA hamba kepadaNya. Bukankah kaya budi dan akhlak itu lebih baik berbanding kaya harta namun tidak bersyukur padaNya? 
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...