Skip to main content

Tak Cukup Duit Nak Bayar Tol. Siapa Yang Allah Hantar Untuk Tolong Amat MENGEJUTKAN !!!

Pagi itu saya memasuki tol Sungai Petani Selatan untuk cepat sampai ke hospital dekat tol Sungai Petani utara. Bila menghampiri tol Sungai Petani utara, saya menyeluk poket mencari duit RM1.60 bayaran tol. 

Baru sedar tak bawa wallet. Menyelongkar dalam dashboard kereta jumpa, duit syiling RM1.40 sen. Tak cukup 20 sen lagi. Saya memberhenti kereta agak jauh dari tol. Kepala ligat memikir mana nak cari duit 20 sen lagi. Selak pelapik kaki, buka bonet belakang, namun duit 20 sen tak ditemui.

Nak telefon anak suruh hantar, tentu kena pusing jauh. Dalam hati mengingat Alah moga dipermudahkan. Nak masuk tol dan minta belas ihsan juru tol, rasa malu.

Semasa berdiri luar kereta memikir jalan, seorang penunggang motosikal OKU memberhenti motosikal roda empatnya menegur saya, bertanya adakah kereta saya rosak. Saya cepat mengatakan tidak. 

Masa itu saya hilang rasa malu meminta kepadanya 20 sen untuk mencukupkan bayaran untuk keluar tol. Dia gelak kecil dan mengeluarkan duit seringgit, dan menyuruh saya menerimanya. Dia berlalu dengan ucapan salam setelah saya menyatakan penghargaan kpdnya.

Mungkin kejadian ini Allah memperingatkan saya bahawa sekaya mana kita, sebanyak mana harta kita, setinggi mana kedudukan kita, sebaik mana kenderaan kita, itu bukan bermakna kita sudah tidak perlu orang lain dalam hidup. Janganlah memandang rendah kpd mereka yg kurang berada, kerana suatu hari mungkin kita memerlukan mereka. 


Tuhan boleh takdirkan apa juga. Mungkin kerana kereta kita besar, hebat, kita memicit hon kpd kancil dan viva kerana lambat untuk memotong, picit hon kpd kapcai yg masuk ke lorong kereta atau tak mau mengelak bila berselisih dg motor dlm kampung.

Mungkin juga Allah mahu membiarkan saya merasai untuk seketika betapa resahnya mereka yg tidak berada, tidak mampu..Sedangkan orang lain tidak kecukupan sepanjang hidup. Mungkin juga Allah mahu mengingatkan saya bahawa setiap siling adalah rezeki dari Allah, besar nilainya. 

Ada ketika siling yg jatuh dibiar tidak dikutip, tetapi bila terjadi peristiwa ini mengajar betapa setiap siling besar nilainya disisi tuhan. Siling 20 sen yg saya cari waktu itu utk mencukupkan bayaran tol tidak ternilai harganya.

Bila kita ditimpa kesusahan, bila kita dlm keadaan meminta dan mengharap, kerapkali yg datang menolong adalah mereka yg kurang berada. Berapa banyak kereta yg berlalu begitu sahaja, tetapi OKU yg bermotor inilah yg sanggup berhenti bertanya masalah dg hasrat utk menolong.

Allah selalu menegur kita, cuma kita yg tidak terasa teguran itu kerana kita mahu memikirkan setiap peristiwa yg berlaku kpd kita, yg dinampakkan kpd kita. Kita melalui semua adegan hidup bagai menaiki keretapi ekspress. 

Berhentilah sejenak untuk memikir kerana di dalam Quran, Allah ada menyebutkan ‘sebagai peringatan kpd mereka yg mahu berfikir’. Ambillahlah langkah untuk mula memikirkan…- Ustaz Ghani.
loading...


Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...