Skip to main content

Jari Sebagai Ejen Mungkar Di Zaman Ini?


SETIAP umat Islam tanpa mengira latar belakang diyakini amat memahami prinsip ‘amar makruf, nahi mungkar.’ Ia diajar dan diterapkan secara berterusan melalui pelbagai pendekatan sejak kecil lagi.

Ia bukan hanya untuk menjaga hubungan kita dengan Allah SWT tetapi juga bagi mewujudkan suasana harmoni sesama manusia atas muka bumi ini sehingga ke akhirat.

Rasulullah SAW sendiri menegaskan kepentingan prinsip itu melalui sabda baginda: 
“Sesiapa dalam kalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lidahnya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.” - Riwayat Muslim.

Kalau diteliti pada hadis Rasulullah SAW itu, mungkin ia agak sukar dipraktikkan pada zaman sebelum kemunculan era teknologi maklumat (IT). Biasanya, alasan yang diberikan bersabit dengan aspek keselamatan diri dan keluarga.

Apatah lagi, roh keberanian umat Islam zaman kegemilangan Islam dahulu tidak lagi diwarisi pada hari ini. Mulut cukup ringan untuk kata berani mati syahid tetapi realitinya, kematian itu sesuatu yang sangat ingin dielakkan.

Namun pada era IT sekarang, gesaan baginda Nabi SAW tersebut memang boleh dilaksanakan tanpa sebarang masalah, termasuklah berkaitan dengan keselamatan diri dan keluarga.

Ini diakui Ketua Sektor Keselamatan Rangkaian, Pemantauan Media Baharu, Pematuhan dan Advokasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Dr. Mazlan Ismail pada Simposium Implikasi Dakwah Media Baharu: Lindungi Diri dan Keluarga di Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Cabaran Media Sosial Dalam Membentuk Kestabilan dan Keharmonian Masyarakat.’

“Kalau dahulu, mungkin ia mustahil untuk lakukannya. Tetapi hari ini, kita boleh cegah dengan guna ‘jari’ iaitu jangan kongsi atau like sesuatu perbuatan atau perkara yang belum pasti kesahihannya.

“Tegahan sedemikian penting kerana ia boleh membawa kepada perbuatan fitnah sama ada disedari atau tidak,” katanya pada simposium sehari anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan SKMM itu.

Tambah Mazlan, perbuatan fitnah alam siber memberi kesan yang cukup besar dan meluas berbanding zaman sebelumnya.

Contohnya, pada zaman Nabi SAW, perkara atau perbuatan fitnah bukan hanya disebarkan dari mulut ke mulut tetapi ia hanya tertumpu di Madinah sahaja.

Tetapi pada era alam siber hari ini, perbuatan fitnah boleh tersebar seluruh dunia dalam tempoh yang singkat sahaja kerana alam tersebut dikongsi oleh semua manusia atas muka bumi ini.

“Hanya dengan satu klik oleh jari pada papan kekunci di komputer atau telefon pintar, fitnah itu boleh dikongsi tanpa batasan sempadan. Lebih teruk, kita mungkin tidak akan rasa kesal atau takut atas perbuatan sedemikian,” katanya.

Namun begitu, Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintenden Hazizi A. Samad mengingatkan bahawa kebebasan yang dijanjikan oleh alam siber itu tetap ada risikonya.

“Selain aktiviti dalam alam siber tersebut direkodkan oleh syarikat pengendali Internet, ia turut mendedahkan kita kepada perkara atau perbuatan tidak bermoral.

“Antaranya, kelucahan, penculikan, ancaman akidah, terpedaya dengan iklan palsu, skim cepat kaya, ugutan dan sebagainya,” kata beliau.

Sumber: Utusan
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut? ...

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Perkongsian Dari Pomen Kereta 6 Tip Anda Perlu Lakukan Jika Kereta Anda Ditenggelami Air Semasa Banjir

Di Malaysia, kejadian banjir sering kali berlaku dan banyak rumah-rumah yang rosak, begitu juga dengan kenderaan. Ramai yang tidak mengetahui apa yang harus dilakukan sekiranya kereta anda ditenggelami oleh banjir yang melanda. Di sini disediakan beberapa tips penting yang perlu anda lakukan sekiranya kereta anda ditenggelami banjir. 1. Selepas banjir surut,  periksa kereta anda . Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk Enjin dan bahagian dalam kabin kereta. 2.  Jangan cuba hidupkan enjin kereta . Tindakan ini biasanya akan menyebabnya supaya anda punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di ganti. 3. Kos untuk sebuah kotak ...