Skip to main content

Hukum Memberus Gigi dan Menggunakan Ubat Gigi Ketika Berpuasa


Image result for Hukum Memberus Gigi dan Menggunakan Ubat Gigi Ketika Berpuasa


Soalan:
Apakah hukum bersiwak bagi orang yang berpuasa, terutamanya bersiwak dengan menggunakan ubat gigi ?

Jawapan:

Siwak sebelum tergelincir matahari adalah sunat sepertimana biasa, adapun selepas tergelincir matahari para fuqaha telah berbeza pendapat, sebahagian memakruhkan orang yang berpuasa bersiwak selepas tergelincir matahari. Hujah mereka kerana Nabi saw telah bersabda :

(maksudnya) : "Demi diriku yang berada dalam genggamannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih baik di sisi Allah berbanding bau kasturi." (H.R. al-Bukhari)

Maka ulama yang memakruhkan berpendapat bau yang lebih baik dari kasturi itu tidak wajar dihilangkan atau makruh dihilangkannya oleh seorang muslim (dengan bersiwak), kerana bau itu disukai di sisi Allah (swt), maka hendaklah orang yang berpuasa mengekalkannya dan jangan menghilangkannya. Ini sepertimana darah... (iaitu) darah orang yang mati syahid, sepertimana sabda Nabi saw kepada para syuhada': 

"Selimutkan mereka dengan pakaian dan darah mereka, kerana sesungguhnya mereka akan dibangkitkan dalam keadaan itu pada hari kiamat di hadapan Allah, warnanya warna darah dan baunya dengan bau kasturi."

Kerana itu orang yang syahid dikekalkan darah dan bajunya, tidak dibasuh dan dihilangkan kesan darah tersebut. Mereka (ulama yang memakruhkan siwak selepas zawal) mengqiyaskan situasi orang syahid ini dengan orang yang berpuasa.

(Akan tetapi) yang benarnya tidak boleh diqiyaskan situasi orang syahid dengan orang berpuasa. Ini kerana orang yang berpuasa ada hukum yang khusus, kerana sesungguhnya sebahagian sahabat meriwayatkan:

"Saya melihat Nabi saw sering bersiwak, sedang baginda berpuasa."

Maka (ini menunjukkan) bersiwak ketika berpuasa sunat pada mana-mana waktu, samaada di awal hari atau diakhir hari, seperti mana siwak itu sunat sebelum puasa dan selepas puasa... Bersiwak itu sunnah, yang telah diwasiatkan oleh Rasulullah saw dengan sabda baginda :

"Bersiwak itu membersihkan mulut dan diredhai oleh Allah." (H.R. al-Nasaie, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban dan beliau mensahihkannya),

Tidak perlu dibezakan antara puasa dengan yang bukan puasa (dalam bab siwak).

Adapun tentang ubat gigi, maka sewajarnya berhati-hati ketika menggunakannya, agar ia tidak masuk sesuatu daripadanya ke perut. Ia termasuk membatalkan puasa bagi kebanyakan ulama, kerana itu yang lebih utama seorang muslim untuk menjauhi ubat gigi dan lewatkan penggunaannya sehingga selepas berbuka. Akan tetapi jika digunakannya dan berjaga-jaga dan berhati-hati, akan tetapi jika masuk juga sesuatu ke perutnya, maka dia termasuk dimaafkan. Allah swt berfirman :

(Maksudnya): "Tidak menjadi kesalahan atas kamu, apa yang kamu tersilap melakukannya, akan tetapi (yang berdosa itu) apa-apa yang disengajakan oleh hati kamu." (al-Ahzab : 5)

Nabi saw bersabda: "Diangkat dari umatku kesilapan dan lupa dan apa yang terpaksa atasnya." wallahu a'lam.

Sumber : bin-sahak.blogspot.my
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...