Skip to main content

TIPS UNTUK MEMBERSIHKAN PERALATAN RUMAH DENGAN LEBIH EFISYEN

Bagaimanakah caranya anda membersihkan rumah dan segala peralatan di rumah selama ini? Pasti anda melakukannya dengan cara yang biasa diajarkan oleh ibu-bapa kan?
Sungguhpun teknik membersih yang diturunkan mereka kepada kita amat berguna, tahukah anda bahawa sebenarnya ada cara yang lebih efisyen untuk melakukan kerja-kerja membersih dalam masa yang lebih singkat?
Kalau tak percaya, anda lihat sahaja gambar-gambar peralatan di bawah yang dibersihkan dengan cara-cara yang lebih efisyen. Bolehlah kita semua mula amalkan tips-tips ini dari sekarang! :)


1. Papan Pemotong
TIPS UNTUK MEMBERSIHKAN PERALATAN RUMAH DENGAN LEBIH EFISYEN
Sabun pencuci pinggan kurang berkesan bagi membersihkan papan pemotong kerana mungkin ada sisa-sisa bahan masakan yang terlekat dipapan tersebut dan sukar digosok dengan span. Caranya, gunakan lemon yang dipotong sebelah untuk digosok di atas papan pemotong. Sambil itu taburkan garam diatas papan untuk digosok menggunakan lemon itu. Selepas itu, barulah gunakan sabun pencuci pinggan dan bilaskan dengan air.

2. Dulang Pembakar OvenTIPS UNTUK MEMBERSIHKAN PERALATAN RUMAH DENGAN LEBIH EFISYEN
Seperti papan pemotong, sabun juga kurang berkesan bagi membersihkan bahan-bahan masakan yang terlekat di dalam dulang pembakar oven ini. Jadi, apa kata anda cuba cara ini pula? Buat campuran 1/4 cawan baking soda dan hydrogen peroxide (boleh dibeli di farmasi) secukupnya untuk membuat satu sapuan pekat di atas dulang itu dan sapukan ke seluruh dulang. Biarkan buat beberapa jam dan bilas. Ia akan kelihatan seperti baru!

3. Pancuran Air MandianTIPS UNTUK MEMBERSIHKAN PERALATAN RUMAH DENGAN LEBIH EFISYEN
Dengan menyembur menggunakan air yang kuat atau menggosok, kepala pemancur air mandian anda takkan terus bersih. Ini cara yang betul untuk ia dibersihkan; tuangkan cuka putih ke dalam beg plastik kecil secukupnya untuk diikat pada kepala pancuran air itu dalam keadaan ia terendam dengan cuka tersebut. Biarkan selama sejam, kemudian tanggalkan plastik dan gosokkan kepalan pancuran tersebut dengan kain basah. Kepala pancuran air mandian anda pasti kelihatan berkilat!

4. TilamTIPS UNTUK MEMBERSIHKAN PERALATAN RUMAH DENGAN LEBIH EFISYEN
Tilam memang sukar nak dibersihkan tapi dengan cara ini anda takkan rasa ianya satu kerja yang leceh lagi. Mula-mula vakumkan tilam anda untuk mengelakkan segala kotoran dan habuk yang ada di atasnya. Taburkan baking soda agar meliputi semua permukaan atas tilam dan biarkan selama beberapa jam sebelum memvakumnya semula.

5. PenyagatTIPS UNTUK MEMBERSIHKAN PERALATAN RUMAH DENGAN LEBIH EFISYEN
Bila anda menggunakan penyagat ini sama ada untuk menyagat timun, lobak, keju atau lain-lain bahan makanan, pasti ada saki-baki yang terlekat padanya dan lama kelamaan ia menjadi semakin kotor? Bagaimana cara terbaik nak membersihkan mata-mata penyagat yang tajam ini? Takkanlah nak gosokkan span pembasuh pinggan kan? Dah tentu habis terkoyak span tu! Ok, ini tipsnya; anda cuma perlu korbankan sebiji kentang untuk bersihkan penyagat ni kerana Asid Oxalic yang terkandung dalam kentang akan dapat membersihkan dan menanggalkan segala kotoran yang berbaki pada mata penyagat itu. Sagatkan saja kentang tersebut kemudian bilas penyagat itu. Kalau rasa membazir nak buang kentang tu bolehlah buat cucur kentang, tapi…pasti ada kotoran yang terlekat padanya kan? ;)

6. MicrowaveTIPS UNTUK MEMBERSIHKAN PERALATAN RUMAH DENGAN LEBIH EFISYEN
Anda tak perlu membazirkan lagi tenaga anda untuk menyental microwave membuang kotoran dan minyak yang melekat di dalamnya. Apa yang anda boleh buat ialah, isikan sebuah mangkuk dengan campuran cuka dan air. Masukkan ke dalam microwave untuk dipanaskan pada suhu tertinggi selama dua minit. Microwave anda akan menjadi berwap yang akan membuatkan kotoran tertanggal dengan mudah. Jadi, anda hanya perlu mengelap kotoran dan kesan minyak itu dengan kain.

7. PermainanTIPS UNTUK MEMBERSIHKAN PERALATAN RUMAH DENGAN LEBIH EFISYEN
Permainan anak-anak memang selalu jadi tempat mengumpul habuk dan kotoran. Tambahan pula anak-anak kecil yang suka memasukkan permainan ke dalam mulut. Memang permainan tu penuh dengan bakteria la jawabnya. Nak basuh satu persatu memang kerja yang sangat melecehkan, jadi apa penyelesaiannya? Salah satu cara mudah bagi yang mempunyai mesin pencuci pinggan ialah, anda boleh meletakkannya di dalam mesin tersebut untuk dibersihkan. Cuma pastikan permainan itu tahan panas ya?

8. Coffee MakerTIPS UNTUK MEMBERSIHKAN PERALATAN RUMAH DENGAN LEBIH EFISYEN
Apabila kopi yang anda buat menggunakan coffee maker mula terasa pelik, dah tiba masa untuk anda membersihkannya. Ini caranya yang lebih efisyen untuk anda cuba. Isikan setengah air dan setengah cuka ke dalam jag coffee maker itu. Kemudian setkan sepertimana anda ingin membuat kopi (tanpa memasukkan biji kopi ya!) dan biarkan selama sejam. Kemudian buangkan campuran air dan cuka itu dan bilas sehingga hilang bau cuka tadi. Rasa kopi anda akan kembali seperti biasa.

9. TiraiTIPS UNTUK MEMBERSIHKAN PERALATAN RUMAH DENGAN LEBIH EFISYEN
Kadangkala tirai ditingkap yang anda pasang untuk mengurangkan kemasukan cahaya yang terlalu terang menjadikannya tempat mengumpul habuk kan? Bila bernafas pun rasa tak selesa. Ada diantara anda yang mungkin menggunakan vakum untuk menyedut habuk-habuk itu tapi tips ini teramatlah mudah hinggakan sukar anda nak percaya. Cari sepasang stokin lama yang tak lagi digunakan. Celupkan salah satu ke dalam larutan cuka dan air kemudian lapkan di setiap bilah tirai. Setelah selesai, gunakan stokin yang satu lagi untuk mengelap kering tirai itu. Mudah kan? Elektrik pun tak digunakan ;)

10. KualiTIPS UNTUK MEMBERSIHKAN PERALATAN RUMAH DENGAN LEBIH EFISYEN

Kalau anda salah seorang dari mereka yang mencuci kuali iron cast anda dengan sabun dan air anda patut hentikannya. Apa yang diperlukan untuk mencuci kuali jenis iron cast ialah gunakan campuran garam kasar dan air untuk membersihkan kotoran yang melekat. Kemudian, keringkan dan sapukan sedikit lapisan minyak sebelum menyimpannya.

11. Mesin pengisarTIPS UNTUK MEMBERSIHKAN PERALATAN RUMAH DENGAN LEBIH EFISYEN
Selalunya ramai yang akan menanggalkan satu bahagian demi satu bahagian untuk membersihkan mesin pengisar. Terutamanya bagi yang terlebih rajin. Bagi yang nak tips shortcut anda boleh amalkan ni ya? Bilaskan mesin pengisar selepas digunakan dan isikan air panas ke dalamnya. Titiskan sedikit cecair pencuci pinggan dan putarkan seperti anda nak mengisar. Akhir sekali bilaskan dengan air dan siap!

12. Berus GigiTIPS UNTUK MEMBERSIHKAN PERALATAN RUMAH DENGAN LEBIH EFISYEN
Tahukah anda bahawa berus gigi bukan sahaja perlu ditukar setiap tiga bulan tapi ia juga perlu kerap dibersihkan. Pasti ramai yang fikir dengan hanya membilas berus selepas digunakan sudah memadai tapi, anda perlu membersihkannya dengan cara yang betul. Apa yang anda perlu lakukan ialah merendam berus gigi anda dalam larutan cuka selama beberapa jam dan ia akan kembali bersih utuk digunakan. Tak perlu lakukan ini setiap kali anda memberus gigi. Tiga kali seminggu pun sudah memadai.

13. OvenTIPS UNTUK MEMBERSIHKAN PERALATAN RUMAH DENGAN LEBIH EFISYEN
Pernah tak anda menghabiskan masa berjam-jam membersihkan oven anda yang semakin berkerak? ;) cara mudah untuk anda lakukannya ialah dengan membuat campuran pekat air dan baking soda kemudian sapukan di keseluruhan bahagian dalam oven. Biarkan semalaman dan keesokannya barulah anda ginakan kain basah untuk mengelap semula larutan pekat itu. Selepas itu semburkan cuka disekeliling bahagian dalam oven dan lap semula dengan kain basah. Bakarkan oven pada suhu rendah selama 20 minit untuk mengeringkannya dan oven anda akan berkilat seperti sediakala! Bunyinya macam leceh tapi hasilnya yang sangat memuaskan takkan dapat dibuat dengan cara pencucian yang biasa.

Oh lagi satu, mungkin anda perlukan stok cuka dan baking soda yang banyak selepas ini ;) selamat mencuba ya!

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman