Skip to main content

Mesti Baca! 7 Perkara Boleh Jadi Penyebab Anda & Si Dia Gagal Kahwin


Mesti Baca! 7 Perkara Boleh Jadi Penyebab Anda & Si Dia Gagal Kahwin
Mendirikan rumahtangga bersama seseorang yang dicintai menjadi impian dan harapan setiap orang, tak kira lelaki mahupun wanita.Namun, perjalanan dalam membina mahligai impian tersebut bukanlah mudah bagi sesetengah orang. Ada yang sudah bertunang, melamar, menetapkan tarikh perkahwinan serta mengirimkan undangan, kemudian membatalkan perkahwinan menyebabkan pelamin anganku musnah!
Gagal berkahwin atau pelamin anganku musnah adalah sesuatu yang amat ditakuti oleh sesiapa sahaja. Sebagai insan biasa, perasaan bimbang itu wajar. Jadi sebab itulah, tidak ada salahnya jika anda mengetahui beberapa perkara yang mungkin akan membuatkan anda teragak-agak untuk mendirikan rumahtangga. Dengan mengetahuinya, sekurang-kurang anda boleh menghindari dan berjaga-jaga agar perkara-perkara tersebut tidak menimpa anda bersama pasangan anda nanti.
Berikut ada 7 perkara yang boleh menggagalkan impian anda untuk berkahwin bersama orang yang anda cintai:
  1. Cinta Lalu Kembali Bersemi
Salah satu penyebab pelamin anganku musnah adalah apabila bekas kekasih datang kembali untuk memperbaiki perhubungan. Ramai yang mengalami masalah ini ketika sudah mendapat pengganti yang baru, tetiba sahaja bekas kekasih lama kembali menghubungi.Jangan cepat melatah, kerana ini adalah ujian ataupun dugaan untuk hubungan anda yang baru. Jika pasangan baru anda jauh lebih baik, usahlah tergoda dengan kenangan masa lalu bersama bekas kekasih yang telah meninggalkan anda.
  1. Hubungan Tidak Direstui Keluarga
Setiap ibubapa sentiasa mengharapkan anaknya mendapat calon isteri/suami yang terbaik. Oleh sebab itulah mereka telah menetapkan ciri-ciri dan kriteria tertentu untuk calon menantunya. Apabila kekasih andanya tidak memenuhi ciri-ciri atau kriteria seperti yang mereka harapkan, mereka kemudiannya tidak merestui serta menghalang perhubungan tersebut.
  1. Kedudukan Kewangan Belum Stabil
Penyebab lain yang menyebabkan sepasang kekasih tidak jadi berkahwin adalah kerana calon lelaki tidak stabil atau belum mempunyai pekerjaan tetap. Mendirikan rumahtangga bukan hanya bersandarkan cinta semata-mata, baik sebelum mahupun setelah berkahwin, semuanya perlukan duit!
Apabila pihak wanita tidak boleh bersabar menunggu pihak lelaki stabil daripada segi kedudukan kewangan, sudah pasti pelamin anganku musnah!
  1. Pecah Tembelang!
Sebahagian orang menghalalkan segala cara supaya boleh berkahwin dengan orang yang sesuai dengan impian hidupnya. Dengan yakin tanpa rasa bersalah, bahkan berani untuk merahsiakan perkara-perkara penting yang dia takutkan akan membuatkan pasangan tidak mahu mengahwininya. Namun, sepandai-pandai tupai melompat, sejauhmanapun seseorang itu cuba menyembunyikan sesuatu, cepat atau lambat segala penipuan tersebut akan terungkap jua. Apabila penipuan atau kebohongan itu terungkap sebelum berkahwin, boleh jadi pasangan dan keluarganya sangat kecewa dan tidak boleh memaafkan. Malahan tanpa ragu akan membatalkan niat untuk berkahwin.
  1. Belum Yakin Untuk Menjadi Suami/Isteri
Ada di antara pasangan yang sedang mabuk dilanda asmara, tanpa berfikir panjang mereka akan terburu-buru untuk segera mendirikan rumahtangga. Namun, apabila mereka merenung kembali dan menyedari bahawa nanti mereka akan memiliki kehidupan yang berbeza daripada masa bujang dan masih rasa belum puas. Mereka kemudiannya rasa belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri dan masih lagi mahu menikmati keseronokan masa bujang.
  1. Visi Dan Misi Tidak Sama
Memahami dan mengenali pasangan itu secara menyeluruh memerlukan waktu yang cukup panjang ataupun lama. Adakalanya hubungan yang baru berlangsung beberapa minggu membuatkan seseorang itu berfikir untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius. Tetapi, setelah mengetahui sesuatu yang ada pada diri calon suami/isteri, barulah anda sedar bahawa anda dan pasangan memiliki visi dan misi yang tidak sama. Akhirnya niat untuk mendirikan rumahtangga terpaksa dibatalkan!
  1. Salah Satu Pihak Dijodohkan
Selain kembalinya bekas kekasih, pelamin anganku musnah juga boleh gagal apabila si dia dijodohkan oleh keluarga. Orang tuanya tetap berkeras dengan calon pilihannya dan pasangan anda tidak mampu untuk menolak keinginan ibubapanya kerana tidak mahu dianggap sebagai anak derhaka. Ataupun, mungkin anda yang berada di tempat tersebut.
Kesimpulan
Selain disebabkan oleh takdir, namun jodoh juga perlu anda usahakan. Salah satunya adalah dengan menghindari pelbagai perkara yang boleh membuat pelamin anganku musnah. Anda perlu berlapang dada, fikiran, rendah hati dan bermusyawarah bagi mencari jalan terbaik agar sebuah perkahwinan yang penuh berkat menjadi milik anda dan pasangan.

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...