Skip to main content

Semak! Rahsia Tarikh Lahir Lelaki Yang Anda Sukai

  Rahsia Tarikh Lahir Lelaki Women Online Magazine Semak! Rahsia Tarikh Lahir Lelaki Yang Anda Sukai
Sukar untuk mencari pasangan yang sesuai? Bimbang untuk membina hubungan? Katakanlah, jika anda sedang menyimpan perasaan pada seorang lelaki, tentunya anda akan berusaha menyelidik latar belakang si dia.
Kali ini kami mahu berkongsi rahsia tarikh lahir lelaki yang bersesuaian dengan karakter diri anda.
Rahsia Tarikh Lahir
  • Jika pasangan anda lahir pada 1hb, 10hb, 19hb dan 28hb dalam mana-mana bulan dikenali sebagai No 1.
Lelaki daripada golongan ini sangat cerdik, jujur dan berterus-terang dalam perhubungan. Mereka seorang yang berdikari, berkeyakinan dan mempunyai sikap memimpin. Mereka juga boleh dibawa berbincang dan mudah menerima pendapat orang. Namun begitu, mereka sangat cemburu ketika dalam hubungan dan biasanya mereka akan menyimpan dendam yang agak lama.
  • Jika pasangan anda lahir pada 2hb, 11hb, 20hb dan 29hb dalam mana-mana bulan dikenali sebagai No 2.
Lelaki dalam kategori ini kurang berkeyakinan pada diri sendiri walaupun orang di sekeliling mempercayainya. Untungnya, mereka seorang yang cintakan keamanan dan sifat tanggungjawab terhadap keluarga. Namun, lelaki ini suka diramal soal hatinya kerana mereka lebih gemar berdiam diri.
  • Jika pasangan anda lahir pada 3hb, 12hb, 21hb dan 30hb dalam mana-mana bulan dikenali sebagai No 3.
Seorang yang gemarkan kebebasan, kuat agama dan akan berusaha keras untuk mendapatkan kejayaan. Lelaki ini sangat menghormati orang tua dan penuh dengan sikap budi pekerti. Namun, dalam lembutnya, si dia ini seorang yang pentingkan diri. Namun, jika anda jatuh hati padanya, usah bimbang! Si dia seorang yang mudah membina hubungan untuk jangka masa yang panjang.
  • Jika pasangan anda lahir pada 4hb, 13hb, 22hb dan 31hb dalam mana-mana bulan dikenali sebagai No 4.
Lelaki jenis ini seorang yang berbakat dalam bidang seni. Dia seorang yang sangat mementingkan orang lain dan suka membantu sehingga sering menjadi mangsa. Dia sering digunakan oleh orang lain yang hanya ingin mengambil kesempatan di atas kebaikan si dia. Namun ada ketika si dia akan bersifat sangat tegas!
  • Jika pasangan anda lahir pada 5hb, 14hb dan 23hb dalam mana-mana bulan dikenali sebagai No 5.
Si dia ini sangat popular dan paling diminati dalam kalangan teman wanitanya! Sikapnya yang kelakar dan baik hati sangat disenangi keluarga dan rakan-rakan. Untungnya siapa yang dapat si dia ini, bukan sahaja kerana mempunyai rupa paras yang kacak, tetapi juga seorang yang setia dan serius dalam percintaan!
  • Jika pasangan anda lahir pada 6hb, 15hb dan 24hb dalam mana-mana bulan dikenali sebagai No 6.
Disebalik sikapnya yang suka berseronok, si dia ini juga seorang yang mengambil berat tentang keluarganya. Lelaki golongan ini sangat pandai dalam pengurusan perniagaan. Biarpun gemar bersosial, si dia ini seorang yang setia!
  • Jika pasangan anda lahir pada 7hb, 16hb dan 25hb dalam mana-mana bulan dikenali sebagai No 7.
Lelaki ini seorang yang realistik dan sangat menggemari bidang muzik, nyanyian dan seni. Dalam hubungan cinta pula, pastinya dia seirang yang romantik! Si dia ini sering meletakkan keluarganya di tempat yang sangat tinggi, kadang-kadang sehingga mengabaikan kebahagiaan sendiri. Namun begitu, sikap panas barannya sering menyebabkan cinta si dia putus di tengah jalan.
  • Jika pasangan anda lahir pada 8hb, 17hb dan 26hb dalam mana-mana bulan dikenali sebagai No 8.
Seorang yang suka menghabiskan masanya bersama rakan-rakan. Seorang yang sangat berdisplin dalam hidup, tidak mudah berputus asa dan berani. Masalah yang hadapi menjadikan si dia seorang yang lebih kuat dan tabah. Si dia seorang yang sukar mengalah dan akan memperjuangkan cintanya untuk mendapat kebahagiaan.
  • Jika pasangan anda lahir pada 9hb, 84hb dan 27hb dalam mana-mana bulan dikenali sebagai No 9.
Si dia seorang yang sangat dihormati dalam masyarakat. Seorang anak yang taat dan patuh serta menghormati kedua ibu bapa. Sikap ramah dan ringan tulang menyebabkan ramai menyenangi kehadirannya. Dalam percintaan pula, pastinya si dia seorang yang sangat penyayang dan baik hati. Untungnya!

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...