Skip to main content

Kisah Benar Tauke Briyani Yang Banyak Memberi Tapi Tak Miskin-Miskin. Rupa-Rupanya Ini Sebabnya...


Semalam saya pulang dari Melaka ke Kuala Lumpur semula. Dua hari berada di sana untuk memberi sebuah kursus fotografi professional anjuran akademi yang saya asaskan. Selepas saya memuatnaik sebuah foto dari bilik hotel yang menampakkan pemandangan indah Melaka sehingga nampak ke Kota Melaka sekali, saya disapa oleh ramai di dalam facebook wall. Namun tak semua yang benar-benar serius. Saya anggap semua itu pelawaan selamat datang sahaja di wall saya.

Namun ada seorang individu ini beliau PM saya, dan mengajak saya dan keluarga makan di restoran tandoori yang terbaik pada beliau di negeri Melaka. Saya terpaksa menolaknya kerana ada urusan yang padat. Beliau memahami program saya dan kemudian bertindak untuk menghantar makanan ke hotel saya. Dalam hati saya, orang ini memang serius.

Beliau bersama anak dan isterinya berjumpa saya pada hari pertama dengan bungkusan tandoori. Pertemuan singkat kerana saya terpaksa hadir urusan yang telah dijadualkan. Alhamdulillah, esoknya beliau memberikan sekitar 14 bungkus nasi briyani dengan lauk kambing, ayam dan daging semuanya ditapaukan apabila saya nyatakan saya akan terus menziarahi warga emas yang berada di bawah jagaan Rumah Pengasih Warga Prihatin di Kampung Tanjung Rimau Dalam Melaka. Saya sudah tidak pandai menolaknya lagi. Keikhlasan mereka sekeluarga memang nampak sangat bersungguh-sungguh.



Rupanya baru tahu, beliau seorang pemilik sebuah restoran yang agak popular di Padang Temu Melaka. Beliau beritahu saya jangan bagitahu orang lain apa yang dia beri, tetapi saya fikir…perkara baik tak elok disembunyikan jika ia mampu memberi pelajaran dan tauladan kepada orang lain. 

Mungkin ada yang sudah kenal bila saya katakan restoran beliau memberikan nasi beriyani PERCUMA setiap hari dan pada hari Jumaat akan ada free flow Ais Bandung PERCUMA. Pelanggan yang nak makan beriyani sahaja tanpa lauk sahaja sudah sedap tetapi untuk lauk, pelanggan perlu membelinya. TERUS TERANG…nasi briyani dia memang TERBAIK SEHINGGA MENJILAT SIKU.

Katanya, restoran itu tidak untung banyak tetapi dia gembira kerana dapat menjalankan perniagaan yang membantu orang lain dan dalam masa yang sama, masih ada baki yang direzekikan kepada beliau sekeluarga. Saya seronok dengan apa yang dilakukanya dan satu kata-kata beliau yang saya ingati 

“Jika kita jadi orang baik insyaAllah akan ditemukan dengan Orang baik juga”. 

Dalam konteks itu…saya terperasan sikit yang dia kata “saya baik” (ehemmm….taknak perasan sangat). Lebih baik kita rasa kita macam hantu dan akan perbaiki diri dari sudah rasa baik macam Malaikat dan tak mahu berubah lebih baik.

Rasanya, itu sahaja… Orang Melaka yang banyak duit saya nasihatkan jika pergi berkunjung ke Restoran Beriyani Haji Tamby Padang Temu, jika bill anda RM10…sila hulurkan lebih (ini saya pesan bukan dia) kerana kita kena ingat…lebih yang kita bayar itu membayarkan mereka yang tidak mampu makan di situ tetapi mendapat makanan. Tiada yang percuma dalam dunia ini, jika ada briyani percuma pastinya ada orang yang membayarkannya. 

Dari taukey restoran itu sorang-sorang buat kebajikan dan kebaikan apakata yang banyak duit bayar lebih sedikit untuk berkongsi kenikmatan beramal jariah. Bagi yang bajet cukup-cukup, silakan makan dan bayar dengan tepat dan bagi yang sebelum itu tidak mampu…pastikan apabila hidup anda telah berubah, datang kembali dan pulangkannya kepada orang lain pula.

Ada orang susah, orang musafir, gelandangan tak berumah, orang miskin dan termasuk pelajar-pelajar yang kehabisan dana di hujung-hujung semester menjadikan restoran beliau sebagai tempat berkunjung TAPI kalau ada duit nak makan free korang memang tak cool lah

Baiklah, saya menepati janji untuk tidak beritahu nama beliau tetapi saya dah nyatakan nama restoran beliau.

Kerana kebaikan itu berjangkit. Jangan membantu orang hari ini untuk orang itu balas kebaikan kita esok kerana Allah telah jadikan kebaikan yang kita berikan kepada seorang manusia akan dipulangkan melalui berbillion-billion manusia di dunia ini. Ramai kurang yakin, tetapi semasa saya dan rakankongsi mengishtiharkan diri fakir dengan mewakafkan semua keuntungan syarikat kepada kebajikan, ada yang tidak faham adakah saya akan menjadi papa kedana. Sebenarnya tidak sama sekali. Ini memang kerja orang gila…tak sangka di Melaka tempohari saya jumpa orang yang gila juga macam saya.

Memang nampak gila kerana sukar nak digambarkan kepada semua kerana rezeki Allah tidak datang dalam bentuk RM sentiasa.

Pertemuan itu singkat, tapi insyaAllah akan bertemu semula. Tak sempat juga saya nak berselfie dengan beliau…katanya, Allah lupakan kita berselfie hari itu untuk kita jumpa lagi pada masa hadapan. Saya dan dia telah akui…MEMBERI TIDAK SEKALI-KALI MEMBUATKAN KITA JADI MISKIN.

SAIFUL NANG
loading...


Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...