Skip to main content

5 Perkara yang Akan Selalu Diingati Anak Tentang Orang Tua Mereka

Tidak ada petua atau pedoman khas tentang bagaimana membesarkan anak menjadi peribadi yang baik dan berguna untuk bangsa.

anak derhaka, anak kurang ajar, anak dengar cakap, hubungan anak dengan emak, hubungan anak dengan ayah, hubungan keluarga

Kasih sayang, nilai agama, dan teladan, merupakan tiga hal yang selalu ditekankan ramai psikologi untuk membangun keluarga yang harmoni dan penuh kasih sayang.

Jika tidak percaya, cuba semak senarai berikut yang memperincikan lima perkara paling diingati anak dari orang tua mereka:

1. Perlindungan Dari Orang Tua
Ketika anak merasa sedih, ketakutan, atau emosi mereka akan ingat bagaimana cara orang tua mereka melindungi dan meredakan rasa takut tersebut.


2. Perhatian Orang Tua
Anak-anak akan selalu mengingati masa-masa menghabiskan waktu berkualiti bersama orang tuanya. Selain itu, mereka juga akan selalu terkenang pada perhatian orang tua terhadap keperluan mereka, terutama keperluan yang berkaitan dengan emosi.

3. Komunikasi Ayah dan Ibu
Kali pertama anak menyedari dan memahami kasih sayang adalah ketika komunikasi yang terjalin antara ayah dan ibu mereka. Oleh kerana itu, rumahtangga yang harmoni sangat mempengaruhi cara anak memahami soal cinta dan komitmen.

4. Sokongan dan Kritikan Orang Tua
Jangan remehkan kemampuan anak untuk menyerap setiap kata-kata kritikan atau nasihat yang anda lontarkan pada mereka. Sebab, anak-anak dapat mengingat kata-kata positif atau negatif yang diberikan orang tua hingga mereka dewasa.

5. Tradisi Keluarga
Anak-anak suka hal yang spontan seperti kejutan, begitu pula dengan tradisi keluarga. Ritual dan tradisi aktiviti bersama merupakan memori yang akan selalu tinggal dalam benak hati anak hingga mereka dewasa.

Semoga perkongsian ini memberi ruang untuk kita melihat kembali mengapa hubungan anak dan orang tua mereka kadang dingin dan tidak menghiraukan satu sama lain. Jika kita tidak mahu ini berlaku dengan anak-anak kita perbaiki hubungan dan banyakkan masa berkualiti bersama anak-anak. 
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman