Skip to main content

4 Modus Operandi Penjenayah Ketika Berada Di Lapangan Terbang, Yang Anda Perlu Tahu Dan Waspada

Situasi di lapangan terbang yang dipenuhi dengan lautan manusia kadang-kala akan wujudnya individu dengan niat yang tidak baik. Mungkin dilihat tenang, dan miliki wajah, serta penampilan seperti orang kebiasaan, namun siapa tahu, mereka sebenarnya sedang menjalankan aktiviti haram di lapangan terbang.

Hakikatnya lapangan terbang bukanlah kawasan yang sesuai untuk mengenali atau berkenalan dengan orang lain. Ini bukan kerana kita tidak mahu bersosial ataupun sombong namun lapangan kawasan yang boleh kita panggil sebagai " touch n go " ini merupakan medan jenayah dimana kita mungkin menjadi mangsa. 

Tidak dapat dinafikan, apabila didampingi oleh orang yang tidak dikenali di lapangan terbang, kita mudah untuk terus beramah mesra, dengan niat untuk berkenalan atau membantu mereka jika dalam kesusahan. Tetapi, harus diingat, tindakan sebegini, boleh mengancam keselamatan anda, di kala anda lalai, atau tidak sedar.

Perkara sebegini sudah banyak berlaku di lapangan terbang, di mana seseorang menjadi mangsa keadaan atas kesalahan orang lain. Jika hanya kesalahan kecil, ia tidak mengapa, tetapi bagaimana pula jika anda tertangkap membawa barang terlarang, dan dijadikan sebagai 'keldai dadah', sudah pasti anda akan ditimpa masalah besar. 

Bagi mengelakkan perkara sebegini terjadi kepada anda, saudara Zaid Traveller kongsikan, beberapa agenda atau taktik yang digunakan penjenayah, dalam memerangkap mangsa mereka, mari kita lihat taktik apa yang sering mereka gunakan di lapangan terbang.

Ini beberapa contoh perangkap jenayah yang perlu anda lebih berhati-hati ketika berada di lapangan terbang :

1- Taktik minta jaga bagasi

Jika ada orang yang tidak dikenali meminta anda tengokkan bagasi, sila tolak dengan cara baik.

Pernah berlaku satu kes di dalam tandas, seorang lelaki meminta tolong tengokkan bagasi sementara dia masuk ke dalam tandas, tak sampai 5 minit, orang yang tolong tengokkan bagasi tadi diberkas polis kerana memiliki 5kg dadah. Si penjenayah yang berada di dalam tandas terselamat.

2- Taktik beri air minuman percuma

Pemberian ini juga perlu ditolak dengan cara baik. Kita tak kenal dia, mungkin di dalam botol minuman telah disorokkan bahan terlarang. Silap hari bulan kita yang akan ditahan.

Zaman sekarang berbagai cara jenayah, tin air minuman juga boleh diubah suai menjadi tempat simpan dadah. Hati-hati.

3- Taktik bertanya soalan

Ramai yang sudah terkena terutamanya ketika beratur di kaunter imigresen. Taktiknya dalam keadaan tergesa-gesa, si penjenayah berlakon bertanyakan soalan, sedang kita leka melayan, rakan penjenayah akan memasukkan bahan terlarang ke dalam bagasi kita.

Tujuannya, jika berlaku penahanan ketika pemeriksaan kastam, mereka akan terlepas, sebaliknya kita yang tak tahu apa-apa yang akan ditahan.

4- Periksa dahulu barang yang dikirim

Walaupun dari kawan rapat sendiri, buka dan periksa dahulu barang yang nak dikirimsebelum masukkan ke dalam bagasi.

Bukan tidak percayakan kawan sendiri, tetapi wajib untuk kita lebih berhati-hati. Siapa tahu di dalamnya tersembunyi bahan terlarang, mungkin kawan kita sendiri tidak tahu akan kewujudan barang tersebut.

Pendek kata, Biarlah orang kata kita sombong. Asal diri kita selamat. Kerana jika berlaku perkara yang tidak diingini kita yang akan merana sendirian.

Walaupun lapangan terbang merupakan tempat tumpuan pelancong, ia juga tempat transit untuk aktiviti jenayah terutamanya jenayah dadah. Sentiasa berwaspada dan berhati-hati. Semoga bermanfaat.

Sumber: Siakap Keli
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman