Jangkitan selsema sering menyerang bayi. Biasanya selsema akan disusuli dengan masalah batuk dan kahak. Pastinya jangkitan ini akan membimbangkan para ibu bapa. Bayi yang selsema biasanya sukar bernafas kerana hidung mereka dipenuhi lendir hingus. Ia akan mendatangkan bahaya apabila ubat-ubatan yang diberikan oleh doctor mengandungi antihistamine iaitu kesan mengantuk. Apabila bayi yang selsema diberikan ubat ini, bayi akan tidur lebih lama dan ini lebih membahayakan bayi tersebut.Ketika tidur, kadar pernafasan bayi yang selsema akan berkurang dan menyebabkan kepekatan oksigen dalam darah turut berkurang seterusnya menyebabkan jantung bayi selsema berhenti dan berisiko meninggal dunia. Petua Bayi Selsema: Sapukan sedikit ibu kunyit di batang hidung bayi. Jika boleh, lakukan sekerap mungkin. Elakkan memberi sebarang makanan yang berminyak kepada bayi selsema. Ambil sedikit daun kaduk, hancurkan dan campur sedikit sahaja kapur makan menggunakan hujung jari keling...
Rakan Sebaran Informasi Terkini