Bagi Peminat Kopi Yang Nak Tambah Khasiat Pada Minuman Kegemaran, Anda Mungkin Mahu Mencuba Kopi Halia Selepas Baca Ini
Anda mungkin pernah merasai dan menikmati teh halia panas mahupun yang sejuk. Namun, pernahkah anda membayangkan kopi yang dicampurkan dengan halia? Apa pula rasanya? Sebenarnya ia bukan sahaja mempunyai rasa yang unik dan sensasi, menggabungkan halia bersama kopi merupakan satu cara untuk mendapatkan satu minuman yang sangat sihat, bukan omong kosong ya! Jika anda tidak tahu, kedua-dua halia dan juga kopi merupakan jaguh bagi carta antioksidan terbaik. Kopi berada di tempat pertama dikenali sebagai makanan yang sangat tinggi kandungan antioksidan. Manakala, halia tidak jauh dari situ, turut dipercayai mengandungi antioksidan sangat tinggi. Jadi, bayangkan anda menggabungkan keduanya! Kopi yang kebanyakan disukai oleh lelaki membantu menangani pelbagai masalah kesihatan seperti kanser kolon, diabetes jenis 2, Parkinson dan sebagainya. Manakala, halia telah digunakan sejak 2,000 tahun lalu dalam pelbagai tamadun terutamanya di Asia dan juga Afrika. Buk...