Zaman bujang ni lebih-lebih lagi ketika awal-awal mula bekerja, duduk di bandar pula dengan kos sara hidup yang tinggi kadangkala mana sempat nak menyimpan duit, nak merasa makan sedap, tunggu hujung bulan lah. Dengan gaji basic RM900-1200 duduk di KL pula mana tahan bro.. So solusi untuk masalah ni, kami kerap berkunjung di kedai-kedai makan yang menyediakan makanan dengan harga bajet. Tak ketinggalan juga ketika masih lagi bergelar pelajar universiti/kolej. Ya rutin harian apabila dah lapar, santap megi, lapar lagi santap lah roti gardenia dengan jem sekaya, lapar lagi santaplah nasi bujang RM1.50. Tapi sekarang takkan jumpa dah harga nasi bujang RM1.50… Berkongsi entri dari idea asal di sebuah blog satira, Satrika.my, di bawah adalah antara makanan yang kerap kali orang bujang makan. Mi segera Makanan ni legend. Walau sejauh mana zaman berubah. Walau dah berkahwin pun memang mi segera kena simpan dalam rumah. Cuma bila dah kahwin, kekerapan makanan mi segera t...
Rakan Sebaran Informasi Terkini