Skip to main content

8 Cara Mudah Dan Berkesan Hilangkan Jerawat Badan Tak Perlu Produk Mahal!


Antara perkara yang paling ditakuti oleh setiap wanita adalah apabila bangun daripada tidur, melihat badan mempunyai bintik-bintik jerawat! Tidak kiralah sama ada jerawat itu tumbuh pada bahagian belakang badan, dada mahupun bahagian lain, ianya mampu membuatkan kaum wanita berasa takut dan rendah diri.
Tiada siapa yang mahukan jerawat badan untuk masa yang lama, namun jangan risau, kerana masalah ini mampu diatasi. Berikut adalah beberapa cara mudah untuk menghilangkan jerawat badan:
1. Mandi dengan kerap
Ini adalah cara yang paling mudah. Jika anda mandi dengan kerap, maka anda tahu bahawa kulit dan liang-liang kulit akan bersih dan segar pada setiap masa. Keadaan ini dapat mengelakkan longgokan minyak dan kotoran. Ingat, kulit yang bersih mampu mengelakkan pertumbuhan jerawat.

2. Tukar sabun atau  gel mandian
Ada kemungkinan besar bahawa jerawat badan adalah disebabkan oleh sabun atau gel mandian yang anda gunakan. Anda harus pertimbangkan untuk menukar sabun mandian yang biasa digunakan kepada sabun mandian yang boleh melawan bakteria dan juga yang telah dibuktikan secara klinikal tidak mempunyai sebarang kandungan yang boleh menyebabkan alergi kulit.
3. Minum air dengan banyak
Minum air dengan kuantiti yang banyak adalah penting untuk mengekalkan kestabilan hormon di dalam badan anda. Air juga membantu untuk mendetoksifikasi badan anda dan menyingkirkan toksin untuk mengurangkan rembesan minyak, dengan itu melindungi liang kulit anda daripada tersumbat.
4. Tukar detergen
Jika anda menggunakan detergen keras berasaskan kimia, maka kemungkinan besar pakaian yang anda pakai, bergesel dengan badan dan menyebabkan jerawat badan tumbuh. Anda boleh beralih kepada bahan pencuci yang lebih ringan yang menjadikan kain lembut dan juga membunuh kuman dengan betul. Sentiasa ingat bahawa memakai pakaian yang bersih adalah penting untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria pada kulit anda, dan seterusnya mengelakkan jerawat badan.
5. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng
Apabila anda makan terlalu banyak makanan bergoreng, ia meningkatkan tahap minyak dalam badan anda. Ini bukan sahaja membawa kepada pertambahan berat badan, tetapi juga membuat liang kulit anda tersumbat dengan minyak. Kelenjar badan anda kemudian akan menghasilkan lebih banyak minyak daripada yang diperlukan, keadaan ini menyebabkan pertumbuhan jerawat badan. Sebaiknya, makan sayur-sayuran atau buah-buahan bagi mengembalikan semula kulit yang cantik.
6. Gunakan minyak Tea Tree
Minyak Tea Tree adalah minyak yang paling selamat untuk disapu pada apa sahaja jenis jerawat. Ekstrak Tea Tree mengandungi ciri-ciri anti-bakteria dan anti-kulat yang mengelakkan pertumbuhan dan penyebaran jerawat, dan juga berkesan merawat jerawat sedia ada.
7. Sapukan gel Aloe Vera
Gel Aloe Vera melegakan daripada kerengsaan dan kemerahan yang disebabkan oleh jerawat. Ia mampu mengeringkan jerawat dan mengeluarkan minyak berlebihan daripada liang kulit agar kulit anda dapat bernafas dengan sempurna.
8. Pakai pakaian yang longgar
Terlalu banyak peluh dan kelekitan pada kulit juga membawa kepada jerawat badan. Adalah penting bagi anda untuk memakai pakaian yang longgar untuk membolehkan kulit anda bernafas dengan sempurana. Anda perlu memilih fabrik lembut dan ringan yang membolehkan udara melaluinya, seperti kapas dan linen.
Jika anda merasakan bahawa masalah jerawat badan anda adalah diluar kawalan dan tidak boleh diselesaikan dengan cara diatas, maka anda perlu berunding dengan doktor pakar yang akan mengesyorkan krim atau losyen dengan benzoyl peroxide — elemen yang biasa terdapat dalam semua krim penentang jerawat.
loading...


Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut? ...

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Ketahui 10 Kebaikan Beras Perang Yang Boleh Diamalkan Bukan Untuk Orang Sakit Je..

Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi. Dengan menggantikan beras perang daripada beras biasa, ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan dari pelbagai segi. Ia menjadi makanan ruji yang amat baik dan sumber karbohidrat yang sihat kerana mengandungi nutrien yang baik seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium.  Semak 10 kebaikan yang dimiliki beras perang: Mengurangkan risiko kanser kolon Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon. Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat. Mencegah sakit jantung Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia men...