RUSIA: Jika tidak kerana kucing jalanan, bayi lelaki berusia antara dua hingga tiga bulan yang ditinggalkan dalam kotak di tangga luar flat Obninsk, wilayah Kaluga, di sini, mungkin maut akibat kesejukan ketika suhu sekitar kawasan berkenaan kurang daripada 0 darjah celsius, baru-baru ini. Kucing yang diberi nama Marsha itu bagaikan penyambung nyawa bayi berkenaan apabila masuk ke dalam kotak dan memanaskan badan bayi itu dengan bulunya selama beberapa jam selain menjilat bahagian muka. Penduduk sekitar menemui kucing berkenaan dalam keadaan seperti melindungi bayi itu selepas terdengar bunyi kucing mengiau dengan kuat. āBayi itu berada di tangga luar flat selama beberapa jam. Terima kasih kepada Marsha yang menjaganya,ā kata seorang jurucakap hospital kepada Central European News. Dalam pada itu, penduduk flat berkenaan, Nadezhda Makhovikova, yang ditemubual RT berkata, dia menjenguk ke kawasan tangga berhampiran rumahnya selepas mendengar bunyi kucing ...
Rakan Sebaran Informasi Terkini