Skip to main content

7 Tips Untuk Buat Anak Rapat Dengan Kita

7 Tips Untuk Buat Anak Rapat Dengan Kita

1. Jangan marah anak kalau dia buat silap.

Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa kita menganggap diri kita mempunyai kuasa veto pada anak-anak. Pantang dia buat silap, kita akan sergah dan marah dia. Anak-anak yang sentiasa dimarah dan disergah  akan menjadi  seorang anak yang pasif, tidak mempunyai keyakinan diri dan paling teruk dia akan sentiasa memberontak  semata-mata untuk mendapat perhatian daripada kita. Kalau dia buat silap.. peluk dia, dan usap kepala dengan ikhlas. Cakap kat dia..” Mama tahu along dah buat silap.. tak pa mama doakan lain kali along tak akan buat silap lagi”. Kalau malas nak cakap diam sahaja, tapi dengan syarat jangan tunjuk muka masam. Sebab anak-anak sebenarnya dia tahu dia buat silap dan dia sendiripun rasa bersalah dengan kesilapan yang dilakukan. Kalau kita marah di saat dia membuat kesilapan akan membuatkan dia menjadi semakin bersalah  dan tertekan.

2. Banyak sentuh dan usap dia.

Setiap kali dia nak keluar dari rumah ataupun kita nak tinggalkan dia di rumah, kita peluk dan usap dia. Begitu juga tiap kali kita balik dari kerja dan dia balik dari sekolah. Kita panggil dia dengan panggilan manja dan peluk dia selama 5- 10 saat, tak perlu nak cakap apa-apapun. Insya Allah dia akan berubah menjadi seorang yang tenang dan mendengar kata. Kerana pelukkan dari ibu dan ayah akan membuatkan diri mereka sentiasa merasa dilindungi. Hasilnya walaupun mereka berada jauh dari kita, kita akan sentiasa dekat dihati mereka.

3. Makan malam bersama-sama

Sebagai ibubapa kadang-kadang kita sentiasa lupa untuk bertanya khabar aktiviti harian mereka. Kalau tak boleh setiap hari, Sekurang-kurangnya dalam seminggu kena ada 3 kali kita makan bersama-sama dengan anak-anak dan juga keluarga. Terutamanya ketika makan malam. Lupakan sekejap bebanan kerja yang kita ada untuk melayan mereka. Biarkan mereka berbual dan bercerita tentang apa sahaja, dan kita bagi respon sebaik yang mungkin apa yang mereka beritahu pada kita Elakkan dari mengeluarkan pandangan negatif  seperti mengutuk, menghina dan mencaci diri mereka ataupun apa sahaja cerita yang mereka beritahu pada kita. Elakkan mengeluarkan idea-idea yang mempunyai unsur-unsur  hasutan, provokasi kepada mereka.Elakkan dari berleter,  Berikan mereka idea, cadangan dan nasihat yang baik. Insya Allah mereka akan selesa bercerita apa sahaja pada kita.

4. Ajak anak teman kita shopping atau beli barang.

Sewaktu beli barang dengan mereka di Supermarket ataupun di pasar. Ajar mereka barang-barang keperluan yang perlu ada pada sesebuah rumah. Jangan sumbat semua maklumat dalam masa sehari. Ajar sikit-sikit. Contoh ajar macam mana cara nak pilih ikan segar. Walaupun benda tu simple tapi sangat berbaloi-baloi bila kita ajar sejak dari kecil lagi. Sebab nanti bila kita pergi supermarket kita akan nampak dia suka memilih barang keperluan rumah sendiri.  Selain itu jangan lupa minta pandangan mereka untuk memilih sesuatu yang anda ingin beli. Kalau pandangan dia bagus, puji pandangannya dan ambil cadangannya. Ini akan membuatkan dia rasa dihargai.

5. Ajar sendiri anak baca al-Quran dan ajak mereka solat sekali dengan kita.

Ini sangat-sangat penting. Kadang kala kita lupa atau kita tak sempat nak ajar mereka mengaji al-Quran dan juga solat. Kita membiarkan anak-anak membesar tanpa ilmu agama. Kita pentingkan ilmu akademik, tetapi ilmu agama kita abaikan.  Keadaan ini sangat merbahaya kerana anak-anak yang tidak dididik dengan ajaran dan praktikal agama akan menyebabkan jiwa mereka kosong dan rohani mereka lapar. Bila jiwa mereka lapar, cubaan untuk mereka mencari benda-benda yang tidak baik dan tidak bermanfaat sangatlah tinggi.

6. Jadi role-model  kepada mereka.

Jangan kita sekadar bercakap, tetapi kita tidak buat. Sebagai contoh kita suruh anak kita pergi solat magrib dalam waktu yang sama kita syok melayan drama kat TV ataupun kita tunjuk contoh tak baik dengan membuang sampah merata-rata. Anak-anak  sentiasa memerhatikan telatah orang dewasa dan mereka akan ikut orang dewasa. Kalau kita buang sampah merata-rata depan mereka, nanti dia orangpun akan ikut. Kalau kita caci maki orang lain depan dia orang, diorang pun akan ikut. Jiwa-jiwa anak-anak terlalu suci. Jadilah role-model yang terbaik untuk mereka.

7. Sentiasa berdoa kepada Allah SWT.

Sentiasa berdoa dan meminta kepada Allah SWT supaya anak-anak kita menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Doa ibu bapa adalah keramat untuk anak-anak. Sentiasalah berfikiran positif kepada anak-anak kita. Kerana apa yang kita fikir itulah yang akan terjadi. Fikir itu juga doa. Sebagaimana Firman Allah dalam hadis qudsi “Aku mengikut apa yang hambaku sangkakan”. Berfikirlah secara positif, Insya Allah anak kita akan membesar sebagai seorang yang positif.

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...