Berang Suami Tak Bantu, Ibu Kelar Leher Tiga Anak Yang Tak Mahu Berhenti Menangis

Seorang wanita yang mengalami masalah kemurungan bertindak kejam apabila mengelar leher tiga anak kandungnya supaya kanak-kanak berkenaan berhenti menangis.
Wanita tersebut, Christina Booth, 29, mengelar leher anak perempuannya yang berusia dua tahun dan sepasang bayi kembar berusia enam bulan di rumah mereka di sini Ahad lalu.
Berang Suami Tak Bantu, Ibu Kelar Leher Tiga Anak Yang Tak Mahu Berhenti Menangis

Seorang pegawai penyiasat berkata, Christina hilang sabar selepas ketiga-tiga anaknya itu tidak berhenti menangis ketika mahu menidurkan mereka.
Katanya, wanita tersebut juga mengadu dia tertekan kerana suaminya, Thomas Booth tidak pernah membantunya menguruskan anak dan akan mengamuk sekiranya tangisan anak-anaknya itu mengganggu tidurnya.
“Christina telah didakwa di sebuah mahkamah di sini atas tiga tuduhan cubaan membunuh dan ditawarkan jaminan berjumlah AS$3 juta (RM10.8 juta),” katanya.

Menurutnya, kanak-kanak itu yang mengalami kecederaan parah di leher kini berada dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital oleh Thomas yang terkejut melihat anak-anaknyanya berada dalam keadaan berlumuran darah. – Agensi

0 comment... add one now