Skip to main content

Ketahui Punca Sebenar Kematian Akibat Denggi, Mitos Jus Betik dan Sup Ketam


Ketahui Punca Sebenar Kematian Akibat Denggi, Mitos Jus Betik dan Sup Ketam


Kebelakangan ini, negara digemparkan dengan peningkatan kes demam denggi sehingga mendorong masyarakat mencuba pelbagai cara dan petua untuk merawat penyakit itu termasuk kaedah tradisional.

Tidak dinafikan, setiap kali ada yang menghidap demam denggi, pasti akan ada yang mengesyorkan pengambilan sup ketam dan jus daun betik sebagai rawatan alternatif bagi membantu meningkatkan platelet dalam darah.

Namun, Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Dr Adeeba Kamarulzaman nyata mempunyai pandangan berbeza, malah beliau menjelaskan punca kematian akibat demam denggi bukan disebabkan platelet darah rendah dan dengan itu masyarakat tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada jus daun betik sebagai kaedah alternatif.

"Kematian pesakit denggi sebenarnya berpunca daripada kebocoran plasma akibat tiada tekanan dalam salur darah sehingga menyebabkan tekanan darah rendah dan tidak sampai ke jantung. 
"Itu yang sebenarnya tidak diketahui oleh doktor dan orang ramai. Banyak kematian akibat demam denggi disebabkan berlakunya kebocoran plasma dan bukannya platelet darah yang rendah," 


Ketahui Punca Sebenar Kematian Akibat Denggi, Mitos Jus Betik dan Sup Ketam

Beliau berkata demikian bagi mengulas pengambilan jus daun betik di kalangan penghidap demam denggi yang dikatakan dapat meningkatkan platelet darah.

Jelasnya, publisiti yang diberikan terhadap jus daun betik sebagai kaedah alternatif untuk meningkatkan platelet darah hanya menutupi punca sebenar kematian akibat demam denggi.

"Fokus lebih diberikan kepada jus daun betik untuk meningkatkan platelet darah yang rendah sedangkan punca kematian sebenar pesakit adalah akibat kebocoran plasma," katanya.


Ketahui Punca Sebenar Kematian Akibat Denggi, Mitos Jus Betik dan Sup Ketam

Jus daun betik dikatakan berupaya merawat penyakit demam denggi.

Malah, menurut beliau, kaedah alternatif itu juga akan melengah-lengahkan pesakit untuk mendapatkan rawatan di hospital yang sepatutnya dilakukan dengan segera.


"Sekiranya pesakit mendapatkan rawatan awal di hospital dan diberikan cecair intravena, risiko kematian boleh dielak," katanya.

Dr Adeeba berkata, simptom kebocoran plasma boleh disedari menerusi tanda amaran seperti sakit seluruh badan, loya, muntah, sesak nafas, gusi berdarah dan tidak bermaya.

Katanya, pesakit yang terkena jangkitan tersebut untuk kali kedua berisiko tinggi terkena demam denggi berdarah sehingga boleh membawa maut.
"Secara realitinya, demam denggi berdarah jarang berlaku disebabkan platelet darah yang rendah. Ia disebabkan simptom kejutan denggi (shock) yang bermaksud tekanan darah rendah," katanya.

Beliau berkata, kaedah paling efektif untuk mengelak demam denggi berdarah adalah menyedari tanda amaran, kejutan denggi dan pesakit diberi cecair intravena.

"Badan anda mempunyai keupayaan semula jadi untuk pulih. Platelet darah akan kembali ke paras normal secara semula jadi dalam tempoh tiga hingga empat hari selepas demam beransur baik tanpa pengambilan jus betik, sup ketam dan beberapa rawatan alternatif lain," katanya.

Dr Adeeba berpendapat, walaupun terdapat kajian ke atas jus daun betik yang dikatakan mampu merawat penyakit ini, ia hanya melibatkan sebilangan kecil pesakit dan perubahan platelet darah tidak begitu ketara.
"Kajian terlalu kecil dan saya rasakan masih kekurangan bukti saintifik untuk menyokong jus tersebut berkesan merawat penyakit demam denggi," katanya.

Tegas beliau, pesakit diingatkan untuk mendapatkan rawatan di hospital dengan segera jika terdapat tanda amaran penyakit ini.

Bagaimanapun, katanya, pengambilan jus daun betik  tidak memberi kesan sampingan kepada pesakit.

Ketahui Punca Sebenar Kematian Akibat Denggi, Mitos Jus Betik dan Sup Ketam

Menurut Dr Adeeba, terdapat kajian terhadap vaksin yang boleh merawat penyakit tersebut baru-baru ini walaupun ia tidak mampu memulihkan pesakit sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya dapat melegakan penghidap penyakit itu.

"Jika ia boleh mengurangkan komplikasi, ini menunjukkan vaksin tersebut ada keberkesanannya,"katanya.

Baru-baru ini, Sanofi Pasteur, syarikat multinasional yang memberi tumpuan kepada penghasilan vaksin mengumumkan vaksin denggi pertama di dunia dalam proses pengeluaran dan akan berada di pasaran pada separuh kedua 2015.

Syarikat tersebut berkata, kajian klinikal peringkat akhir kedua menunjukkan 95.5 peratus perlindungan terhadap demam denggi teruk dan pengurangan risiko kemasukan ke dalam wad sebanyak 80.3 peratus.

Kajian tersebut dijalankan meliputi lebih 31,000 peserta di 10 negara endemik di Amerika Latin dan Asia termasuk Malaysia.

Denggi adalah penyakit endemik di lebih 100 negara, mengancam hampir separuh penduduk dunia dengan seorang pesakit dimasukkan ke hospital akibat penyakit itu setiap minit

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...