Skip to main content

Menu Dari Pakar Pemakanan Membantu Membekal Nutrien Untuk Anak Ketika Sakit

Anak yang tidak sihat biasanya kurang selera menjamah makanan. Janganlah paksa mereka tetapi usah juga biarkan mereka langsung tidak makan. Carilah menu yang sesuai dan dapat terus membekalkan nutrien kepada mereka. Membiarkan mereka tidur sepanjang tempoh tidak sihat tidak akan membantu proses penyembuhan secara semulajadi. Badan memerlukan nutrien yang secukupnya juga untuk menghasilkan antibodi yang sesuai untuk anak melawan penyakit. 


Disini kami kongsikan beberapa menu yang sesuai mengikut jenis penyakit yang sedang dialami oleh anak:

Demam
  • Anak yang demam selalunya tidak lapar. Jangan paksa mereka makan sebaliknya pastikan minum banyak air kerana ketika ini tubuhnya kehilangan banyak cecair.
  • Biarkan mereka berehat namun perlu kejutkan mereka untuk minum air dan jika mereka mahu makan boleh berikan buahan seperti limau untuk mengurangkan ketidakselesaan pada tekak. 
  • Segera bawa anak berjumpa doktor jika suhu badan terlalu tinggi, terlalu banyak tidur dan tidak membuang air seperti biasa.


Selesema
  • *Anak yang dijangkiti selesema perlu minum banyak air. Berilah mereka minum air masak, jus buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
  • Sementara makanan yang sesuai untuk mereka pula adalah sup, dadih dan jika keadaan mereka bertambah baik, anda boleh memberi mereka susu.




Sakit tekak
  • *Apabila diserang sakit tekak, kanak-kanak biasanya suka makanan suam dan ada yang suka makanan sejuk.
  • Bagi yang suka makanan suam, berilah mereka sup pasta dengan roti putih bersama minuman coklat suam atau jus epal suam.
  • Bagi yang berselera makanan sejuk pula, hidangkan makanan seperti dadih, pisang lecek bersama aiskrim, susu kocak (milk shake) dan jus buah-buahan.


Muntah-muntah
  • *Jangan beri sebarang makanan atau minuman kepada anak yang diserang muntah sehingga perutnya selesa.
  • Kira-kira satu jam selepas muntah, berikan anak sedikit air untuk membasahkan tekaknya.
  • Beberapa jam kemudian, berikan lagi air kepadanya dalam kuantiti yang lebih daripada sebelumnya (jika dia tidak lagi muntah).
  • Selepas keadaan pulih, berikan anak makanan yang lembut seperti bubur nasi, sup ayam dan sup kentang bersama lobak merah.


Cirit-birit
  • *Tahukah anda bahawa mereka yang mengalami cirit-birit telah kehilangan banyak cecair dalam badan. Oleh itu, air yang hilang perlu diganti segera.
  • Sekiranya anak membuang air besar lebih daripada sekali dalam tempoh tiga jam, beri dia minum larutan Garam Rehidrasi Oral (ORS) untuk menggantikan cecair dan garam yang hilang dari tubuh.
  • Sebaiknya beri anak ½ hingga 1 cawan larutan ORS setiap jam dalam tempoh 24 jam sehingga cirit-biritnya reda.
  • Anak akan hanya berselera makan apabila dia sudah rasa selesa. Ketika itu berilah dia makan makanan yang berkhasiat. Elakkan daripada memberinya minum susu, jus epal dan makanan yang tinggi kandungan garam atau gula untuk tempoh sehari dua.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut? ...

Perkongsian Dari Pomen Kereta 6 Tip Anda Perlu Lakukan Jika Kereta Anda Ditenggelami Air Semasa Banjir

Di Malaysia, kejadian banjir sering kali berlaku dan banyak rumah-rumah yang rosak, begitu juga dengan kenderaan. Ramai yang tidak mengetahui apa yang harus dilakukan sekiranya kereta anda ditenggelami oleh banjir yang melanda. Di sini disediakan beberapa tips penting yang perlu anda lakukan sekiranya kereta anda ditenggelami banjir. 1. Selepas banjir surut,  periksa kereta anda . Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk Enjin dan bahagian dalam kabin kereta. 2.  Jangan cuba hidupkan enjin kereta . Tindakan ini biasanya akan menyebabnya supaya anda punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di ganti. 3. Kos untuk sebuah kotak ...