SELEPAS MEMBERI $100, LELAKI INI MERAKAM PERGERAKAN SEORANG GELANDANGAN SECARA RAHSIA

Youtuber Josh Paler Lin mahu melihat apa sebenar yang berlaku seandainya beliau memberi $100 kepada gelandangan yang sedang lapar. Untuk mendapatkan jawapan, Josh mendekati seorang lelaki gelandangan di Los Angeles dan memberi lelaki itu $100. Kemudian, beliau mengekori lelaki gelandangan ini secara rahsia untuk mengetahui bagaimana lelaki itu membelanjakan wang yang diberi. Apa yang beliau lihat selepas itu sangat mengejutkan dan mungkin mengubah cara anda melihat gelandangan.

Lelaki gelandangan itu, Thomas berhenti kerja untuk menjaga ibu bapa yang sedang sakit. Tidak lama selepas itu, beliau kehilangan ibu bapanya akibat kanser dan kegagalan buah pinggang untuk berfungsi. Bagai jatuh ditimpa tangga, Thomas turut kehilangan rumah ibu bapanya dan tiada pekerjaan. Walaupun Thomas tidak memiliki apa apa, beliau masih mampu menolong orang lain apabila beliau menerima sesuatu.
Josh turut melancarkan kempen mengumpul dana awam untuk membantu Thomas di laman web IndieGoGo selepas videonya menjadi viral. Sehingga kini kempen tersebut berjaya mengumpul $27,000.

0 comment... add one now