Skip to main content

6 Gambar Menyayat Hati Suami Tangisi Pemergian Isteri

Kisah yang anda baca ini merupakan kisah benar yang terjadi di Shenyang, China, tahun lalu. Apa yang menggerakkan kami berkongsi cerita ini adalah kerana kasih dan sayangnya seorang suami kepada isteri. Okay, anda boleh baca ringkasan di sini dahulu dan kami sertakan 6 keping gambar ketika kejadian berlaku.
6 Gambar Menyayat Hati Suami Tangisi Pemergian Isteri
Menurut sumber, pasangan warga emas ini bukanlah datang daripada keluarga yang senang namun kehidupan mereka memang bergantung antara satu sama lain, sebagai suami isteri yang saling membantu. Namun semuanya berubah apabila isteri kepada lelaki yang dikenali sebagai He, meninggalkan dia selamanya.
6 Gambar Menyayat Hati Suami Tangisi Pemergian Isteri

Isterinya rebah ketika melintas jalan selepas selesai membeli ubat di sebuah farmasi dipercayai terkena serangan jantung mengejut. He yang sampai di tempat kejadian bagaikan tidak dapat menerima kenyataan dengan perkara tersebut, menghampiri dan memangku isterinya yang sudah tiada di dalam keadaan cuaca yang sejuk dan bersalji – selama 2 jam.

6 Gambar Menyayat Hati Suami Tangisi Pemergian Isteri
Apa yang lebih menyedihkan, He telah membuka butang jaketnya dan memeluk isterinya seakan-akan tidak mahu isterinya itu kesejukan. Orang ramai yang berada di situ turut bersimpati dan ada yang memberikan alas kaki kepada He agar dia tidak kesejukan.

6 Gambar Menyayat Hati Suami Tangisi Pemergian Isteri
Ketika diminta oleh orang ramai dan juga polis untuk melepaskan isterinya yang sudah tiada itu, He menjawab dengan jawapan yang sangat meruntun hati.
“Saya tidak mahu bangun lagi. Saya nak pegang dia selama mana yang boleh untuk kali terakhir, selepas ini saya sudah tidak ada peluang dan juga kesempatan untuk memegangnya lagi”

6 Gambar Menyayat Hati Suami Tangisi Pemergian Isteri

Berikutan dengan jawapannya itu, membuatkan segelintir orang ramai yang ada di tempat kejadian menitiskan air mata. Ada yang menyifatkan situasi tersebut adalah sesuatu yang sukar untuk ditemui lebih-lebih lagi di zaman yang serba moden ini.

6 Gambar Menyayat Hati Suami Tangisi Pemergian Isteri

Akhirnya, He menghubungi anak lelakinya dan nekad mahu membawa isterinya untuk dikebumikan di kampung mereka yang terletak di Fushun. Setelah anaknya betul-betul sampai, barulah He berganjak dan membebel seorang diri.

Kami pun tidak sangka kisah sebegini masih wujud. Ini ialah kisah mengenai kasih sayang yang bukan berpaksikan dasar wang kerana kadang-kala, ada perkara yang tidak mampu dibeli oleh kekayaan dan kemewahan.

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...