Skip to main content

Azizulhasni raih gangsa Kejohanan Trek Dunia

Azizulhasni raih gangsa Kejohanan Trek Dunia

PELUMBA berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang meraih pingat gangsa acara keirin kategori lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI 2015 di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines, Perancis pada Khamis.
Pelumba berusia 27 tahun itu menerima saingan sengit daripada penyandang juara, Francois Pervis dari Perancis dan Edward Dawkins dari New Zealand, ketika menuju ke garisan penamat.
Azizulhasni raih gangsa Kejohanan Trek Dunia

Acara itu dimenangi Pervis dan pingat perak menjadi milik Dawkins.
Pada peringkat kelayakan, Mohd Azizulhasni memenangi pusingan ketiga untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.
Walaupun menamatkan saingan di tempat ketiga dalam saingan kedua peringkat separuh akhir di belakang Dawkins dan Pervis, Mohd Azizulhasni berjaya merealisasikan impiannya untuk beraksi di peringkat akhir.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi seorang lagi pelumba negara, Josiah Ng selepas gagal menempatkan diri dalam kelompok terbaik peringkat kelayakan dan pusingan ‘repechage’.
Secara keseluruhan, Josiah menamatkan saingan di tempat ke-21 bersama-sama Francesco Ceci (Itali), Kazunari Watanabe (Jepun) dan Matthew Baranoski (Amerika Syarikat).
Azizulhasni raih gangsa Kejohanan Trek Dunia

“Hari yang menakjubkan buat pasukan kami. Rakan sepasukan, Azizul, memecut umpama gladiator hari ini dan menamatkannya dengan pingat gangsa. Saya kagum dengan beliau dan rasa bangga dapat menjadi sahabat dan rakan sepasukannya,” katanya dalam laman sosial Facebook.
Dalam pada itu, Josiah mengumumkan persaraannya selepas beraksi pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI 2015 itu.
“Saya pula mengakhiri kerjaya saya dengan kejayaan beraksi dalam keirin. Keputusan saya hari ini mungkin tidaklah hebat, tetapi saya melakukannya dengan penuh rasa bangga.
“Saya diberi banyak peluang untuk menggilap bakat dan kini, peluang itu perlu direbut oleh rakyat Malaysia yang lain untuk terus membanggakan kita.
Ribuan terima kasih kepada anda semua yang telah menyokong kami sejak sekian lama! Saya berasa amat bangga dapat mewakili Malaysia sejak 15 tahun lepas! Secara rasminya, saya kini bersara!,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Ketahui 10 Kebaikan Beras Perang Yang Boleh Diamalkan Bukan Untuk Orang Sakit Je..

Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi. Dengan menggantikan beras perang daripada beras biasa, ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan dari pelbagai segi. Ia menjadi makanan ruji yang amat baik dan sumber karbohidrat yang sihat kerana mengandungi nutrien yang baik seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium.  Semak 10 kebaikan yang dimiliki beras perang: Mengurangkan risiko kanser kolon Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon. Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat. Mencegah sakit jantung Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia men...

Perkongsian Dari Pomen Kereta 6 Tip Anda Perlu Lakukan Jika Kereta Anda Ditenggelami Air Semasa Banjir

Di Malaysia, kejadian banjir sering kali berlaku dan banyak rumah-rumah yang rosak, begitu juga dengan kenderaan. Ramai yang tidak mengetahui apa yang harus dilakukan sekiranya kereta anda ditenggelami oleh banjir yang melanda. Di sini disediakan beberapa tips penting yang perlu anda lakukan sekiranya kereta anda ditenggelami banjir. 1. Selepas banjir surut,  periksa kereta anda . Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk Enjin dan bahagian dalam kabin kereta. 2.  Jangan cuba hidupkan enjin kereta . Tindakan ini biasanya akan menyebabnya supaya anda punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di ganti. 3. Kos untuk sebuah kotak ...