Skip to main content

Pilot Bertekak, 20 Penumpang Lari Turun Pesawat Malindo Air

Kira-kira 20 penumpang pesawat Malindo Air turun dari pesawat dan enggan menyertai penerbangan selepas mendakwa terdengar ‘pertengkaran’ pembantu juruterbang dan juruterbang pesawat.
Memetik laporan sebuah portal tempatan, dalam kejadian minggu lalu itu, juruterbang dan pembantunya dikatakan bertengkar dengan sangat kuat sehingga mengejutkan seluruh kabin pesawat.
Pilot Bertekak, 20 Penumpang Lari Turun Pesawat Malindo Air
Pilot Bertekak, 20 Penumpang Lari Turun Pesawat Malindo Air
Menurut seorang penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Kee, ia menyebabkan penumpang pesawat tersebut berasa terganggu dan meminta untuk keluar dari pesawat terbabit.
“Mereka bertengkar dengan cukup serius sehingga menyebabkan seorang penumpang warga asing meninggalkan tempat duduk, diikuti 20 penumpang yang lain.
“Kami masuk dan menunggu di dalam ruang bangunan lapangan terbang. Sejurus selepas itu, juruterbang pesawat datang bersemuka dengan kami untuk meminta maaf dan meminta kami naik ke pesawat semula,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.
Menurutnya lagi, tujuh daripada 20 penumpang yang turun dari pesawat mengambil keputusan enggan meneruskan penerbangan dengan pesawat tersebut dan menaiki pesawat lain untuk ke Kuala Lumpur, manakala penumpang yang lain menyertai semula penerbangan tersebut.
Pesawat tersebut meneruskan perjalanan 52 minitnya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Subang selepas tertunda selama 50 minit.
Pesawat tersebut dilaporkan berlepas dari lapangan terbang tersebut pada jam 10.30 malam dengan 52 penumpang termasuk anak kapal.
Bagaimana pun Pengarah Komunikasi dan Perhubungan Awam Malindo, Raja Sa’adi Raja menafikan perkara tersebut dan menganggap situasi tersebut mungkin berlaku disebabkan salah faham oleh penumpang pesawat tersebut.
“Daripada laporan penerbangan yang diterima dan juga pemahaman serta pemerhatian yang dilakukan, kapten pesawat hanya memberikan arahan kepada pembantunya dengan nada yang kuat dan tegas; sebagai persiapan untuk berlepas daripada lapangan terbang itu.
“Bagaimanapun selepas mendengar arahan yang kuat, penumpang pesawat mengambil keputusan untuk keluar dari pesawat dan kami juga tidak dapat memahami punca penumpang membuat keputusan itu,” katanya.
Tampil dengan permohonan maaf, beliau juga menjelaskan ia merupakan prosedur standard yang digunakan oleh kesemua juruterbang dan pembantu juruterbang.
“Sebahagian besar penumpang masih kekal di dalam pesawat manakala 20 lagi keluar dari pesawat Malindo Air itu.

“Kedua-dua kapten dan pembantunya melakukan prosedur biasa dan perkara itu sudah dijelaskan kepada penumpang,” katanya lagi. ─ Sinar Online

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...