UNIK - KUDA BERBULU EMAS DARI NEGARA TURKMENISTAN


Kuda antara haiwan yang boleh dianggap mahal dan bernilai bagi sesetengah orang. Oleh kerana itulah, tidak semua orang mampu memilikinya. Kita juga berpeluang untuk menunggang kuda antaranya di Zoo, tempat belajar menunggang dan lain-lain lagi.

Namun pernahkah anda menunggang kuda seperti spesis kuda berbulu emas ini? Nampak unik dan luar biasa sebenarnya. Kuda spesis ini amat jarang ditemui dan ia dikira sebagai haiwan yang sedang pupus di dunia ini.

Dikenali dengan nama Akhal-Teke, ia merupakan spesies kuda berbulu emas keturunan (breeding) dari Turkmenistan. Selain berpenampilan penuh kemilau seperti emas, kuda jenis ini juga dikenali kerana ketangkasan serta punya daya tahan yang hebat untuk melakukan aktiviti berat.

Spesies Akhal-Teke merupakan spesies kuda terancam yang hanya tinggal sedikit jumlahnya. Kuda yang juga menjadi lambang negara Turkmenistan ini menurut wikipedia hanya berjumlah sekitar 3500 ekor sahaja ketika ini.

Jom lihat gambar kuda spesis Akhal-Teke ini :


UNIK - KUDA BERBULU EMAS DARI NEGARA TURKMENISTAN

UNIK - KUDA BERBULU EMAS DARI NEGARA TURKMENISTAN

UNIK - KUDA BERBULU EMAS DARI NEGARA TURKMENISTAN

UNIK - KUDA BERBULU EMAS DARI NEGARA TURKMENISTAN

0 comment... add one now