SEORANG wanita tidak menyangka robot jenis pembersih hampagas yang dibeli untuk memudahkan kerja hariannya mencetus tragedi apabila robot berkenaan menyedut rambutnya.
Kejadian yang menimpa wanita berusia 52 tahun dari di Changwon, Seoul ini menyebabkan mangsa terpaksa diselamatkan anggota bomba.
Menceritakan detik kejadian, wanita itu dikatakan membiarkan robot tersebut berfungsi tatkala dia sedang tidur di lantai.
Apabila menyedari rambutnya disedut mangsa terpaksa bergelut dengan alat berkenaan untuk melepaskan diri sebelum anggota bomba tiba.
Sementara itu, ada sumber mengatakan kejadian itu tidak ubah seperti filem fiksyen sains yang menyaksikan robot buatan manusia ‘memakan’ tuannya.
Kejadian ini boleh dijadikan iktibar kepada sesiapa yang suka "lepas tangan" kerja-kerja seharian mereka dan bergantung kepada robot untuk menguruskan kehidupan mereka.
Video Berita Kejadian Ini
Comments
Post a Comment