Skip to main content

Inilah 9 Amalan Boleh Dilakukan Setiap Hari Untuk Membina Rumah Di Syurga

Mempunyai rumah besar, cantik dan penuh kemudahan dan keselesaan adalah keinginan setiap manusia. Di dunia ini, untuk mempunyai rumah yang besar dan cantik harus bekerja keras dahulu mencari wang ringgit, kerana harganya yang mahal.
9 Amalan Boleh Dilakukan Setiap Hari Untuk Membina Rumah Di Syurga
Berbeza dengan membangun rumah di syurga. Yang diperlukan adalah kekuatan untuk beramal soleh dan menahan hawa nafsu. Tentu rumah di syurga jauh lebih indah dan nyaman, tak mungkin dapat digambarkan oleh akal fikiran kita.

Rasulullah SAW telah menyatakan kepada umatnya tentang 8 amalan-amalan yang apabila dilakukan oleh manusia, maka Allah SWT akan membangunkan sebuah rumah untuknya di syurga.

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :


1. Membangunkan (Membina) Masjid Walaupun Hanya Sedikit

Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sangkar burung atau lebih kecil dari itu, Allah akan bangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.”Hadis Riwayat Ibnu Majah
2. Menjaga Solat Duha Empat Rakaat dan Qabliyah Zuhur 4 Rakaat

Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang solat Duha empat raka’at dan qabliyah Zuhur empat raka’at, akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.”Hadis Riwayat al-Thabrani
3. Menjaga Solat Sunat Rawatib 12 raka’at

Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang solat (rawatib) sehari semalam 12 rakaat, maka Allah SWT akan bangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.”Hadis Riwayat Muslim, An Nasai, Abu Dawud dan Ibnu MajahSolat 12 rakaat itu adalah dua rakaat qobliyah (sebelum) Subuh, empat sebelum Zuhur dan dua setelahnya, dua setelah Maghrib, dan dua setelah ‘Isya sebagaimana yang disebutkan dalam riwayat Imam al-Tirmidzi.
4. Membaca Surat al-Ikhlas Sepuluh Kali (10 x)

Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang membaca “Qulhuwallahu ahad” sepuluh kali, Allah akan bangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.”Hadis Riwayat Ahmad
5. Membaca Doa Masuk Pasar

Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang masuk pasar lalu mengucapkan:
“Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahulmulku walahulhamdu yuhyii wayumiitu wahuwa hayyun laa yamuutu biyadihil khoir wahuwa ‘alaa kulli syain qodiir.”
Allah akan menuliskan untuknya sejuta kebaikan, menghapus darinya sejuta keburukan, mengangkat untuknya sejuta derajat, dan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.”Hadis Riwayat At Tirmidzi, Ahmad, Ibnu majah dan Al Hakim

6. Mengucapkan Alhamdulillah Dan Istirja’ Ketika Anak Kita Meninggal Dunia

Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila anak seorang hamba meninggal dunia, Allah berfirman kepada malaikatNya, “Kalian telah mencabut nyawa anak hambaku?” Mereka berkata, “Benar.” Allah berfirman, “kalian telah mencabut nyawa buah hatinya?” Mereka menjawab, “Benar.” Allah berfirman, “Apa yang diucapkan oleh hambaku?”
Mereka berkata, “Ia memujimu dan mengucapkan istirja’ (innaa lilaahi wa innaa ilaihi rooji’uun).” Allah berfirman, “Bangunkan untuk hambaku di syurga, dan namai ia rumah pujian.”Hadis Riwayat al-Tirmidzi

7. Akhlak Yang Mulia

Rasulullah SAW bersabda:
“Aku menjamin dengan rumah di pinggir syurga bagi orang yang meninggalkan pertengkaran walaupun ia dipihak yang benar. Aku menjamin dengan rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta walaupun untuk ketika bercanda (bergurau senda). Aku menjamin dengan rumah di syurga yang paling tinggi bagi orang yang baik akhlaknya.”Hadis Riwayat Abu Dawud
8. Iman, Islam, Hijrah dan Jihad

Rasulullah SAW bersabda:
“Aku menjamin orang yang beriman kepadaku, masuk islam dan berhijrah dengan sebuah rumah di pinggir syurga, di tengah syurga, dan syurga yang paling tingggi. Aku menjamin orang yang beriman kepadaku, masuk islam dan berjihad dengan rumah di pinggir syurga, di tengah syurga dan di syurga yang paling tinggi. Barangsiapa yang melakukan itu, ia tidak membiarkan satupun kebaikan, dan lari dari semua keburukan, ia meninggal, di mana saja Dia kehendaki untuk meninggal.”Hadis Riwayat al-Nasai, ibnu Hibban dan al-Hakim 

9. Menutup celah dalam shaf shalat

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ سَدَّ فُرْجَةً بَنَى اللهُ لَهُ بَيْتًا فِي الجَنَّةِ وَرَفَعَهُ بِهَا دَرَجَةً

“Barang siapa yang menutupi suatu celah (dalam shaf), niscaya Allah akan mengangkat derajatnya kerana hal tersebut dan akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di dalam surga.” (HR. Al-Muhamili dalam Al-Amali, 2: 36. Disebutkan dalam Ash-Shahihah, no. 1892)

Itu adalah amalan-amalan untuk membangun rumah di syurga. Namun sebuah rumah perlu bilik-bilik dan kebun sehingga menjadi lebih sejuk dan nikmat dipandang mata.

Adapun untuk membuat bilik-bilik yang istimewa, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya di syurga ada bilik-bilik yang luarnya tampak dari dalam, dan dalamnya tampak dari luar.” Abu Musa Al Asy’ari berkata, “Untuk siapa ia wahai Rasulullah?”

Baginda bersabda, “Untuk orang yang baik ucapannya, memberi makan dan solat di waktu malam.”Hadis Riwayat al-Thabrani dan al-Hakim

Adapun untuk menanam pohon di syurga, ia adalah zikir kepada Allah sebagaimana dalam hadis:

“Aku bertemu dengan Ibrahim di malam Isra & Mi’raj. Ia berkata kepadaku:

“Hai Muhammad, sampaikan salamku untuk umatmu dan kabarkan kepada mereka bahawa syurga itu tanahnya baik, airnya tawar, dan kini tanahnya masih kosong, dan tanamannya adalah Subhanallah, Alhamdulillah, Laa ilaaha illallahu, Wallahu akbar.”Hadis Riwayat al-Tirmidzi
Subhanallah! Rumah itu kini mempunyai bilik-bilik yang istimewa, dan kebun-kebun yang indah. Untuk inilah kita berlumba-lumba.

Ya Rabb kami, beri kami kekuatan untuk senantiasa beramal soleh, dan istiqomah di jalan-Mu sampai akhir hayat kami. Aamiiin
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut? ...

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Ketahui 10 Kebaikan Beras Perang Yang Boleh Diamalkan Bukan Untuk Orang Sakit Je..

Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi. Dengan menggantikan beras perang daripada beras biasa, ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan dari pelbagai segi. Ia menjadi makanan ruji yang amat baik dan sumber karbohidrat yang sihat kerana mengandungi nutrien yang baik seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium.  Semak 10 kebaikan yang dimiliki beras perang: Mengurangkan risiko kanser kolon Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon. Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat. Mencegah sakit jantung Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia men...