Skip to main content

Cara Mudah Dan Jimat Belanja Memutihkan Bantal Tidur Yang Telah Kekuningan

Cara Memutihkan Bantal Tidur Yang Telah Kekuningan. Setiap kali menukar sarung bantal, anda mungkin akan mendapati bantal tidur bukan lagi berwarna putih tetapi semakin kekuningan. Perubahan warna bantal dari putih ke kuning berpunca dari kelembapan akibat peluh sewaktu kita tidur.
Bantal yang telah kekuningan pasti membuatkan anda rasa tidak selesa. Apatah lagi jika bantal tidur itu digunakan oleh tetamu yang bermalam di rumah anda. Cara yang paling mudah sekali untuk mengatasi masalah bantal kekuningan adalah buang dan beli bantal baru. Betul tak?
Tetapi bukankah itu membazir duit namanya, sedangkan bantal yang lama itu boleh dicuci untuk menghilangkan kesan kekuningan.
Cara Mudah Dan Jimat Belanja Memutihkan Bantal Tidur Yang Telah Kekuningan

Jika anda tercari-cari cara untuk menghilangkan kesan kuning pada bantal anda, di bawah ini kami kongsikan cara yang paling mudah.
Cara Memutihkan Bantal Tidur Yang Telah Kekuningan
1) Pertama sekali anda perlu semak label pada bantal, sama ada bantal itu boleh dicuci dalam mesin basuh atau tidak. Jika boleh, anda perlulah sediakan 5 jenis bahan ini:
Bahan-bahan yang diperlukan
Air panas
1 cawan cecair sabun pembersih baju/detergen
1 cawan serbuk pembersih baju
1 cawan Cecair peluntur
½ cawan Borax

2) Isikan 1/3 mesin basuh dengan air panas dan masukkan kesemua bahan-bahan yang disenaraikan.
3) Tekan butang Mula dan biarkan semua bahan-bahan yang dimasukan tadi larut dengan air.
4) Selepas beberapa minit, barulah masukkan bantal. Maksimum cuci dua bantal sahaja, jangan lebih. Sebab kalau mesin terlalu penuh nanti bantal tak dapat dicuci dengan bersih.
5) Tambahkan lagi air panas.
6) Tetapkan cucian sebanyak dua kali sahaja pada mesin basuh.
7) Setelah bantal siap dicuci. Anda bolehlah gunakan mesin pengering untuk keringkan bantal. Ataupun keringkan sahaja di laman rumah. Seeloknya keringkan ketika cuaca panas terik agar bantal tersebut dapat kering luar dan dalam.
Mudahkan Cara Memutihkan Bantal Tidur Yang Telah Kekuningan yang kami kongsikan ini. Jadi lepas ini tak perlulah buang bantal yang telah bertukar warna. Anda hanya perlu mencuci bantal tersebut.
Selamat mencuba.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...