Skip to main content

Cara Mudah dan Jimat Tanam Rumput Karpet Di Halaman Rumah

Sebut sahaja tentang rumput karpet, pasti anda akan membayangkan halaman rumah terhias cantik dengan kekemasan rumput karpet.Tak kurang juga ada yang sanggup mengupah kontraktor untuk menghias halaman rumah mereka dengan rumput karpet yang kosnya kira-kira RM3000 – RM4000.

Cara Mudah dan Jimat Tanam Rumput Karpet Di Halaman Rumah
Hari ini, kami ingin berkongsi cara mudah untuk menanam rumput karpet tanpa perlu mengeluarkan bajet yang besar. Rumput karpet mudah didapati di nursery bunga. Bagi yang tinggal di Selangor, rumput karpet amat mudah didapati di sekitar Sg Buloh.
Jenis Rumput Karpet
  • Rumput Karpet Taiwan
Jarang ditemui di Malaysia. Ramai berpendapat bahawa rumput karpet jenis ini tidak sesuai ditanam di negara kita. Mungkin ia disebabkan oleh factor cuaca dan iklim di sini.
  • Rumput Karpet Jepun
Rumput karpet ini halus dan lebat serta jenis ini antara yang terbaik. Tetapi jika dibandingkan dengan rumput karpet yang lain, harga ia lebih mahal. Penjagaannya juga agak cerewet di mana rumput ini memerlukan penjagaan yang rapi.
  • Rumput Karpet Philippines
Rumput karpet jenis ini adalah yang paling popular. Strukturnya tidaklah sesebaik rumput karpet jepun, tetapi masih sesuai untuk ditanam di halaman rumah anda. Lebih mudah dijaga, dan yang paling penting ia lebih murah! Harganya juga lebih murah berbanding rumput karpet Jepun
Cara Menanam Rumput Karpet
  1. Sebelum menanam rumput anda perlu sediakan beberapa peralatan yang sesuai untuk menanam rumput seperti cangkul, pongkes dan perkakas lain.
  2. Bila semua peralatan telah disediakan, anda perlu membuang rumput lama serta saki baki bahan binaan yang biasanya dibuang oleh pekerja kontraktor binaan. Paling penting, akar rumput lama perlu dibuang habis bagi mengelakkan rumput lama dan pokok liar tumbuh kembali.
  3. Setelah siap, anda ratakan tanah serata-ratanya dan letakkan pasir halus bagi menutup lapisan tanah tadi. Fungsi pasir adalah untuk meratakan semula permukaan tanah dan ia juga bagus untuk akar baru.Seeloknya anda menyembur sedikit racun rumpai yang dicampur sedikit serbuk racun benih cambah bagi menghalang rumput lama atau pokok liar tumbuh kembali.
  4. Seterusnya letakkan kepingan rumput yang hendak ditanam mengikut saiz yang bersesuian. Jika anda mempunyai bajet lebih, boleh membeli kepingan rumput yang lebih besar. Namun begitu, bagi anda yang kekurangan bajet, anda boleh potong kecil rumput tadi dan tanam dalam jarak tiga kaki setiap rumput ditanam.
  5. Setelah selesai, taburkan baja dan siram air secukupnya. Rumput perlu dibaja bagi kelihatan segar dan hijau. Siram rumput baru itu dua kali sehari.
Akhir sekali, dua minggu sekali rumput tadi perlu dibaja bagi kelihatan segar. Anda juga perlu luangkan sedikit masa untuk menyiram rumput.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...