Skip to main content

Inilah Sebab Kenapa Perlu Elakkan Minum Kopi Sebelum Jam 9 Pagi

Kopi merupakan minuman popular yang diminum pada waktu pagi. Kopi mengandungi kafein yang dapat membangkitkan semangat. Ada orang yang merasa hari mereka tidak sempurna jika belum minum kopi di waktu pagi.
Inilah Sebab Kenapa Perlu Elakkan Minum Kopi Sebelum Jam 9 Pagi

Perkara ini dilihat normal, namun ternyata sebuah kajian yang dipaparkan di laman web dailymail.co.uk menyarankan agar kita tidak meminum kopi di pagi hari.

Inilah Sebab Kenapa Kita Perlu Elakkan Minum Kopi Sebelum Jam 9 Pagi

Menurut pakar, ketika di pagi hari, tubuh kita mempunyai hormon cortisol yang mencukupi dan bertindak untuk membuatkan badan kita kekal cergas, aktif dan terjaga. Jadi sebenarnya badan kita telah menghasilkan ‘kafein’ secara semulajadi dan tidak perlu lagi meneguk secawan kopi atau apapun minuman yang mengandungi kafein. Ini adalah hasil penelitian dan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Psychosomatic Medicine.

Pakar perubatan telah melakukan penelitian dan mendapati bahawa waktu paling baik untuk menikmati kopi setiap hari adalah di antara pukul 9.30 dan 11.30 pagi kerana kafein akan memberi tindak balas dengan hormon kortisol yang membantu tubuh bekerja lebih cergas dan aktif serta meningkatkan kewaspadaan.


Pada waktu pagi, minuman kopi mungkin berguna dan mempunyai kesan efektif jika dinikmati di antara pukul 9.30 dan 11.30 pagi.

Mencergaskan tubuh dengan kafein di pagi hari akan memberikan signal pada tubuh agar lebih sedikit menghasilkan kortisol. Lama kelamaan tubuh jadi terlalu bergantung pada kopi agar mata dan tubuh tetap segar di pagi hari. Padahal, membiarkan tubuh berfungsi secara semula jadi merupakan cara yang lebih baik daripada diganggu oleh faktor dari luar.   

Minum kopi sebaiknya tidak lebih dari tiga cawan sehari dan minumlah pada saat-saat tertentu saja untuk mendapatkan manfaatnya secara maksimal. Seperti dijelaskan di atas, pada pagi hari antara pukul 08.00 - 09.00, level kortisol tinggi sehingga tidak perlu 'bantuan' kopi untuk menyegarkan tubuh maupun otak.

Pada pukul 10.00 - 11.00, produksi kortisol mulai turun, juga gula darah yang menyebabkan tubuh sedikit lemah. Pada waktu inilah anda memerlukan secawan kopi.

Menjelang waktu makan tengahari sekitar pukul 12.00 - 13.00, kortisol kembali naik dan menurun lagi di pukul 14.00 - 17.00. Maka disarankan anda meminum kopi pada waktu-waktu tersebut agar melawan rasa lesu dan kerja lebih produktif. Menjelang malam, tidak disarankan meminum kopi kerana akan meningkatkan stimulasi otak yang efeknya berkesan selepas beberapa jam, menyebabkan kesukaran untuk tidur.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...