Skip to main content

Jangan Guna 2 Warna Ini Pada Sarung Bantal & Katil Korang Kalau Nak Elak Tidur Dengan Pepijat

Tiada siapa yang suka mendengar perkataan pepijat atau bed bug. Pepijat membuatkan katil anda jadi tak selesa dan boleh menggangu tidur anda. Kalau yang jenis penggeli, sekali dia nampak memang dia tak akan tidur lagi di katil tu.

Jangan Guna 2 Warna Ini Pada Sarung Bantal & Katil Korang Kalau Nak Elak Tidur Dengan Pepijat

Namun, korang tahu tak pepijat ini sebenarnya memilih untuk 'berumah' di katil, selimut atau bantal yang dia suka. Bukan sebab masalah kebersihan sahaja.

Menurut kajian terbaru oleh Journal of Medical Entomology, pepijat gemar menyorok pada katil, sarung bantal, selimut dan sebagainya yang bewarna MERAH DAN HITAM. Kajian yang sama turut menjelaskan yang pepijat tidak gemar untuk menyelinap di bawah fabrik yang bewarna hijau, kuning dan putih.


Para pengkaji yang membuat kajian telah melakukan eksperimen untuk membuktikan teori mereka. Mereka telah menghasilkan sebuah ruang persembunyian (khemah kecil) dengan menggunakan kertas pelbagai warna. Setiap khemah kecil dalam warna-warna tertentu ini diletakkan pinggan kecil di mana para pengkaji telah meletakkan pepijat di tengah-tengah pinggan dan tunggu selama 10 minit-untuk melihat khemah warna apa pepijat ini akan pilih sebagai tempat persembunyian!

Hasilnya? Terbukti khemah kecil bewarna merah menjadi tumpuan pepijat berbanding warna lain. Khemah bewarna hitam juga tidak kurang hebatnya. Pengkaji turut menjelaskan terdapat pembolehubah lain yang mempengaruhi seperti janina, umur dan tahap kelaparan pepijat itu tetapi secara konsistennya kesemua pepijat yang digunapakai dalam kajian mereka memilih untuk bersembunyi di khemah bewarna merah dan hitam.

Penulis jurnal tersebut, Corraine McNeill berkata, "Dulu, kami ingat pepijat akan duduk di tempat yang bewarna merah kerana ia menyamai warna darah yang menjadi sumber makanan mereka. Tetapi, kami silap. Mereka suka warna merah kerana ia hampir menyamai warna badan mereka dan mereka mahu berada di samping 'kawan-kawan' yang lain.

Oh, nak hisap darah manusia ajak kawan-kawan ya? How nice!

Okay, sekarang anda sudah tahu apa warna yang pepijat suka. Cepat pergi tukar hiasan dalam bilik tidur anda yang bewarna merah dan hitam itu!

Sumber: CityLab (Gizmodo)
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...