Skip to main content

Jatuh Cinta Pada Tunang Orang Pun Salah. Ini Lagi Pula Bini Orang!


Seorang lelaki berusia hujung 20-an memohon pandangan; apa yang perlu dilakukan bagi mengubat hati dan emosinya yang kini sedang asyik melayan cinta seorang wanita, yang juga isteri kepada seseorang? Err… berat juga kesnya!

Bermula sebagai rakan sekerja kemudian rapat dan mesra tambahan bila si wanita melayannya terlalu istimewa, membuatkan dirinya jatuh cinta. Amat membahagiakannya bila cinta berbalas tetapi hasrat hati dilarang ibu sendiri; tak rela bermenantukan seorang wanita yang bercerai hanya kerana mencintai anaknya.

Cinta dan kasih sayang adalah fitrah semula jadi. Bohonglah jika ada yang mendabik dada berkata: aku tidak perlukan cinta! Ingat ya, cinta bukan sekadar luahan perasaan kasih dan sayang tetapi juga belaian dan cinta yang paling nipis; perhatian.

jatuh cinta bini orang, cinta bini orang, cinta isteri orang, berzina isteri orang, simpan perasaan bini orang, isteri orang, cinta isteri orang, cinta tunang orang, suka bini orang, suka tunang orang

Ramai yang bercinta tetapi tidak ramai tahu tentang etika cinta. Ya! Jangan tak sangka bercinta pun ada etika. Etika yang paling utama ialah jangan mencintai orang yang tidak boleh dicintai. Tidak boleh menurut moral dan haram menurut hukum syarak. Siapa yang tergolong dalam kumpulan ini; yang haram dicintai?

Seorang lelaki haram mencintai wanita yang masih menjadi tunangan orang; atau  wanita yang masih menjadi isteri orang atau wanita yang masih di dalam tempoh eddah. Bagi seorang wanita pula; dilarang bererti haram mencintai seorang lelaki jika masih menjadi tunangan orang atau masih menjadi isteri orang atau masih berada di dalam tempoh eddah.

Hukum haram ini terdapat di dalam nas al-Quran dan hadis. Di dalam al-Quran, Allah SWT menyebut dalam surah al-Baqarah ayat 235 yang bermaksud: 
“Dan tidak berdosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan untuk berkahwin) dalam hatimu.” 
Ayat ini jelas melarang luahan hati yang berterus terang atau kata mudah, bercinta dengan wanita yang masih di dalam tempoh eddah.

Hukum haram bercinta dengan perempuan yang telah menjadi tunangan orang lain berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: 
“Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya atau jika tunang sebelumnya itu mengizinkan.”- hadis riwayat Bukhari. 
Biarpun matan hadis menyebut ‘meminang’ tetapi mafhum hadis termasuklah berhubungan mesra atau bercinta.

Jika tunangan orang atau wanita yang masih dalam tempoh eddah haram dicintai, wanita yang masih isteri orang lagilah dilarang. Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.” Hadis riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi. 
Hadis ini bukan saja menunjukkan ketaatan dan hormat yang tinggi kepada seorang suami tetapi juga bermaksud kesetiaan cinta yang tidak berbelah bahagi.

Ya, ada banyak kes yang melibatkan cinta si isteri pudar dan makin hilang disebabkan sikap suami sendiri yang gagal malah sengaja lalai dalam menjalankan tanggungjawab. Kegagalan tersebut bukan satu alasan atau kebenaran buat si isteri mencari dan menikmati cinta baru daripada lelaki lain.

INGAT… Seorang wanita haram menyimpan rasa hati dan perasaan kepada lelaki selain daripada suaminya. Kalau suami ada kekurangan yang tak boleh diubah dan tidak mampu diterima lagi, mohonlah kebenaran untuk keluar secara baik daripada perkahwinan. Hanya setelah anda bebas, bukan lagi menjadi isteri orang, barulah anda berhak menerima dan memberi cinta baru.

Bukan saja haram dari segi hukum, malah anda yang mencintai isteri orang boleh dikenakan hukuman menurut akta jenayah syariah.

Hubungan yang bermula dengan sesuatu yang dilarang dan dilaknat Allah sukar untuk berakhir dengan jaya dan bahagia lantas, bercintalah, berkasihlah tetapi pastikan orang yang anda kasihi dan cintai memang berhak dicintai.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...