Skip to main content

"Nak Hidupkan Roadtax Pun Kena Bayar Insurans Juga Ke? Mak Cik Takde Duit Sangat-Sangat Ni," Kisah Di JPJ Buat Pembaca Sebak

Seperti semua kita sudah sedia maklum, adalah menjadi kewajipan untuk membeli insuran apabila kita memperbaharui cukai jalan, wajib kita membayar insuran yang barrier murah berharga hampir 100 ringgit untuk ‘third party’ bagi sebuah motosikal bawah 100cc.

Ianya adalah menjadi satu kesalahan jika sebuah motosikal tidak mempunyai insuran yang perlu diperbaharui setiap tahun.

Namun, bukan semua orang diluar sana mampu, kisah yang dikongsikan oleh saudara Mohammad Molkhan cukup meruntun hati, kisah seorang mak cik yang tidak wang untuk memperbaharui insurannya dan apa yang terjadi selepas itu cukup mengharukan.


Jom kita baca.

Pagi tadi aku pergi JPJ untuk buat thumbprint kereta yang aku jual dulu. Dah descend tu aku pun keluar, n lepak kejap kat luar sebab nak snap gambar slip thumbprint tu. Masa tu sebelah aku ada la sorang makcik ni umur dalam lingkungan awal 60an dengan pakaian yg agak lusuh, dengan sorang abang jual insurans tengah bercakap,

Makcik: “Memang nak buat roadtax kene buat insurans ke?”

Insurans: “Iye makcik.lepas tu baru boleh buat roadtax.”

Makcik: “Haih. Taktau pula. Takboleh ke insurans tu bagi free je? Nak hidupkan roadtax pun kene bayar, nk buat insurans kene bayar lagi. Makcik takde duit ni.. (makcik ni memang seorang makcik yg innocent gila)”

Insurans: “Memang tak boleh makcik. Duit insurans tu pun makcik bayar kat saya, saya bayar kat company. Bukan saya ambil duitnya makcik. Maaf la sangat sangat.”

“Ya Allah, kesiannya makcik ni..” Getus hati aku. Makcik tu pun masuk ke dalam, pergi kaunter untuk ambil semula geran motor dia. Lalu aku pun tegur abang insurans tu,

Aku: “Kenapa tu bang?” (buat2 tanya, taknak la nampak sangat telinga kuali nye tu)

Insurans: “Ohh makcik tu, nak buat roadtax tapi takde duit nak beli insurans. Saya nak tolong pun tak boleh sebab saya pun tak ada customer lagi harini.”

Aku: “Berapa insurans motor dia bang?”

Insurans: “Dalam seratus lebih dik.”

Aku pun buka wallet, tengok ada 3 keping RM50, sekeping RM5 dan sekeping RM1.

Aku: “RM150 cukup bang?”

Insurans: “Cukup dik Insyaallah.”

Aku pun hulur duit pada abang insurans tu. Masa ni makcik tu pun dah keluar dari kaunter dan menuju ke arah kami.

Makcik: “Roadtax berapa ringgit pula? Ya Allah makcik betul betul takde duit ni..”

Insurans: “Takpe makcik, makcik cakap terima kasih kat adik ni sebab insurans makcik adik ni dah bayarkan. Roadtax makcik nanti saya bayarkan.” (Alhamdulillah mulia sungguh hati abang insurans ni)

Makcik: “Ya Allah terima kasih la ye nakk. Semoga anak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki blablabla”

Aku: “Sama sama makcik.”


Aku terus berlalu sebab aku tau kalau aku stay lagi, confirm air mata aku meleleh. Jangan masa atas motor on the way dari JPJ pergi carwash aku kat Publika tu aku ketap bibir laa sebab tahan air mata dari keluar. Ya Allah sebak wey..

Sebenarnya kat Malaysia ni 1/10 je rakyat yang hidup selesa, yang selebihnya tu hidup bagai kais sebulan, untuk makan bulan tu je, bulan depan belum tentu lagi. Bukan salah kerajaan tetapkan undang2 kena ada polisi insurans untuk buat roadtax.

Bukan salah abang insurans tu tak boleh nak belanja insurans. Bukan salah makcik tu tak mampu nak beli insurans untuk motor dia. Inilah tanggungjawab kita yang mampu untuk bantu mereka yang tak mampu.

Alhamdulillah Allah gerakkan hati aku untuk bawak kapcai je pergi JPJ pagi tadi. Kalau aku bawak Triumph atau kereta, mesti aku sampai lebih awal dan mesti aku descend thumbprint awal dan mungkin aku tak jumpa n tak dapat tolong makcik tu.

Aku tak kaya, tapi aku tak boleh tengok orang susah, lagi lagi orang tua. Harini hari dia, esok lusa kalau datang hari aku, aku harap ada yang sudi tolong.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...