Skip to main content

Nak Tahu Jantina Anak Dalam Kandungan? Ikuti Petua Baru & Mudah Ini

SEMUA pasangan yang berkahwin pastinya bersetuju bahawa mengetahui jantina anak merupakan antara saat yang dinanti-nantikan apabila isteri disahkan hamil.


Walaupun dalam zaman serba moden ini, ada bermacam-macam cara untuk mengetahuinya seperti melakukan ujian 3D/4D, namun, masyarakat kita masih lagi gemar mengikuti petua-petua lama untuk mengesan jantina bayi.

Antara yang paling popular adalah percaya bahawa perut kelihatan boyot ke hadapan dan kelihatan ‘tajam’ adalah sedang mengandungkan anak lelaki manakala, perut kelihatan bulat sedang mengandungkan anak perempuan.

Selain itu, ada juga yang menggunakan petua di mana mengikat cincin perkahwinan pada benang lalu gantung di atas perut. Jika cincin tersebut berpusing-pusing bermakna wanita itu sedang hamil anak lelaki.

Bagaimanapun, petua-petua ini boleh dianggap sudah ‘basi’ dan banyak dikongsikan di mana-mana blog. Oleh itu, kami ingin perkenalkan satu petua baharu dari seorang netizen menerusi laman Facebook ‘Info Ibu Hamil’ yang kami rasakan amat mudah untuk diamalkan.

“Petua ni saya dapat masa kursus kerja, ada seorang pensyarah yang bagi. Masa tu umur baru 21 tahun tapi saya ingat sampai saya hamil anak sendiri masa umur 24 tahun sebab selalu tolong kirakan untuk kawan-kawan dan semua kiraan betul.

“CARANYA: Bulan last period dicampurkan (+) umur kita masa last period tu (ikut bulan). Jika hasil genap anak perempuan dan jika hasil ganjil anak lelaki.

“Contoh saya last period Disember 2014 masa tu umur dah cukup 24 tahun (birthday Ogos). Jadi 12+24=36 (genap). Masa detail scan saya tak terkejut pun doktor bagitahu yang saya hamil baby girl,” tulisnya.

Semoga petua ini memberi manfaat kepada bakal-bakal ibu. Namun, harus diingat bahawa tuhan yang menentukan segala-segalanya.

Apa yang penting, bayi yang dilahirkan berada dalam keadaan sihat walafiat.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...