Skip to main content

Penjelasan Mengapa Islam Ada 4 Mazhab? Baca Untuk Ketahui Jawapannya

Pernahkah anda terfikir kenapa dalam Islam ada 4 mazhab? Apa yang dimaksudkan dengan mazhab? Kita mazhab apa? Apa beza setiap mazhab ini?

mazhab islam, 4 mazhab islam, mazhab hambali, mazhab hanafi, mazhab shafie, mazhab maliki

Mari baca ulasan dibawah ini.

Sejak kecil, kanak-kanak di Malaysia telah dididik dengan hukum-hakam agama seperti yang telah tertulis di dalam PAFA. Jika masih ingat, semua hukum yang kita belajar, adalah Mazhab Syafi’e kan?

Seperti yang diketahui, Islam ada 4 mazhab, Syafi’e, Hanbali, Maliki dan Hanafi. Siapa cakap Syiah tu mazhab ke-5, boleh pakai baju melayu putih, sampin hijau, dan pergi masuk sekolah agama balik. Kesemua 4 mazhab kita ada 5 rukun Islam, tiada tambah-tambah, ada dua hari raya, tiada tambah-tambah.

Sudah pasti ramai tertanya-tanya kenapa Islam kena ada 4 mazhab? Kenapa tidak satu sahaja? Sampaikan ada yang kata tak payah ikut mazhab, ikut Nabi dah cukup! Ustaz cakap, siapa cakap macam tu, dia bukan suruh ikut Nabi, sebenarnya dia suruh ikut diri dia sendiri!

Mazhab sebenarnya berbeza dari segi Feqah sahaja, bukan dari segi Aqidah. Feqah bermakna cara kita melakukan sesuatu Ibadat. Bagaimana hendak sembahyang, nak ambil wudhu’ dan sebagainya. Tapi jenis Ibadatnya semua sama. Keempat-empat mazhab ada 5 waktu sembahyang. Aqidah semua sama. Satu Tuhan. Satu Rasul.

Mungkin juga ramai sudah tahu, mazhab ini mengikut tempat. Sebagai contoh, Mazhab Syafi’e diamalkan di Malaysia. Manakala mazhab Hanafi, diamalkan di tempat seperti Iraq. Mengenai perkara inilah (perbezaan geografi) ternyata bergunanya mazhab.

Contoh yang paling jelas, mengikut Mazhab Syafi’e, di dalam sembahyang kita tidak boleh bergerak 3 kali secara berturut-turut. Manakala mazhab yang lain boleh.

Di Mekah, mereka tidak mengamalkan mazhab Syafi’e. Cuba bayangkan, di Kaabah yang begitu ramai, tak boleh bergerak 3 kali, boleh ke?

Kita tengah baca Fatihah, tiba ada Pak Arab melintas di depan, kita terpaksa gerak sikit, lepas tu ada lagi, kita kena gerak lagi.

Kalau pergerakan kaki kita melebihi 3 kali, sembahyang batal. Habis tu sampai Subuh besok kita kena ulang sembahyang, sebab sembahyang kita asyik batal.

Cuba bayangkan dalam dunia ini ada satu mazhab sahaja. Nanti di depan Kaabah tiada siapa dapat habiskan sembahyangnya!

Mazhab ini bukannya pecahan Agama. Tapi lebih dari perbezaan pendapat yang sesuai dengan tempat-tempat tertentu.

Cuba bayangkan, kalau kerajaan wajibkan semua pelajar pergi sekolah naik bas sahaja. Tak boleh ibu-bapa hantar, tak boleh naik basikal. Kononnya tiada keseragaman. Gila kan?

Semua orang ada cara masing-masing. Yang penting pergi sekolah, tiada kesah naik bas ke kereta ke permaidani ajaib ke.

Hal ini, bukan sahaja boleh diaplikasikan kepada mazhab sahaja. Tetapi juga boleh dikaitkan dengan hukum-hukum ijma’. Contoh paling terdekat, hukum mengucapkan Selamat Hari Natal.

Apa yang susah sangat? Ada ulama’ kata haram tak boleh. Al-Qaradhawi kata boleh. Bukannya semua ulama’ kata Haram Mutlak. Seperti biasa khilaf (perbezaan pendapat) ini berguna mengikut tempat. Agak-agak kalau anda duduk di Arab Saudi, jiran kau 100% Muslim, takkan tiba-tiba nak bagi pengumuman, “Hey Assalamualaikum. Merry Christmas“?

Tapi takkanlah kalau kau duduk kat Malaysia, ada 30 kawan Kristian. Kau terserempak dengan mereka. Kau nak diam je? Pastu “hehe sorry agama saya tak bagi wish Krismas hehe“.

Cuba kau fikir macam mana persepsi penganut agama lain kalau mereka nampak kita macam ni? Kalau kita ini, mereka wish Hari Raya, kita suka kan?

Jadi, dengan keadaan yang kita bercampur-baur bangsa dan agama di sini, kita kena hormat pegangan orang lain. Bukan setakat hormat orang Kristian, tapi lagi penting hormat orang Islam sendiri yang berpendapat lain daripada kita.

Agak-agak kalau kita ni jenis tak bercampur dengan bangsa lain, semua kawan melayu, diam-diamlah tak payah wish Krismas.

Ini, bila ada member kita yang jenis bercampur dengan masyarakat, dia berpendapat seperti Al-Qaradhawi dan wish kawan-kawan dia yang beragama Kristian, boleh pergi wall post dia haramthis haram that. Bodohnya?

Maka, timbul juga persoalan-persoalan seperti bolehkah kita mengamalkan mazhab lain. Contohnya, kita yang mazhab Syafi’e ni nak amalkan mazhab Maliki pulak.

Hal ini dinamakan talkin (mencampurkan mazhab). Ustaz saya kata, hal ini tak boleh sama sekali, kecuali: a) Kita sudah belajar sepenuhnya keempat-empat mazhab. b) Kita pergi ke tempat yang mengamalkan mazhab lain.

Walaupun jika seseorang itu sudah belajar kesemua mazhab, adalah dinasihatkan supaya konsisten dengan satu mazhab sahaja. Seperti Imam Al-Ghazali, walaupun beliau ‘alim dengan semua mazhab, tapi beliau hanya mengamalkan mazhab Syafi’e sahaja.

Ingatlah, mazhab itu bukan perbezaan agama. Tapi ia adalah medium untuk memudahkan kita semua untuk menjalankan ibadah seharian agar mendekatkan diri kita dengan-Nya
loading...

Comments

  1. Apa yg syok sendirinya..baca Dan fahami...renung2kan...ada maksud yg baik yg tersirat tu..jadi manusia kena buka fikiran tu..kalau tak buka tak akan nampak APA yg Cuba disampaikan oleh org lain...semoga Allah berkati kita semua

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman