Skip to main content

Tak Nak Jerawat? Hindari Kacang Tidak Akan Membantu Muka Dari Naik Jerawat Cuba Jauhi 6 Jenis Makanan Ini

Dulu biasanyalah kita ingat masalah jerawat ni muncul pada budak-budak nak akil baligh je. Tak sangka bila dah besar baru tahu masalah jerawat ni bukan sekadar berlaku kerana perubahan hormon tetapi banyak punca dari segi persekitaran dan juga pemakanan.

Ada yang sanggup asingkan kacang dalam makanan yang dimakan untuk mengelakkan jerawat naik di muka. Tidak kurang juga yang sentiasa menjaga kebersihan muka dari habuk dengan menambah kekerapan mencuci muka. Meskipun ada yang mendatangkan kesan positif tapi tidak kurang juga tindakan mereka itu tidak berkesan langsung!

“Muka aku ni makin lama makin teruk. Jerawat tak surut-surut. Apa sebabnya eh?”


Masalah jerawat buat kita rasa rendah diri dan malu nak berdepan dengan orang ramai. Nak pula kalau jerawat yang naik tu dah lah banyak tapi besar-besar pula tu. Ada pula jenis jerawat yang membengkak dan susah nak pecahkan. Alamak..Malunya!

Tapi, pernahkah anda ambil peduli dengan gaya pemakanan anda? Mungkin makanan jadi punca masalah berjerawat anda tu.

Kami kongsikan makanan yang patut anda ELAKKAN kalau nak kulit cantik!

Jangan makan 6 makanan ini kalau tak nak kulit berjerawat

Kerepek kentang

Siapa yang tak sukakan makanan ringan ni. Jaga-jaga, ianya bahayakan kesihatan kulit kerana diperbuat daripada minyak dan kanji. Kandungan tersebut punca terjadinya jerawat.

Minuman kafein

Minuman berkafein punca terjadinya jerawat di wajah. Kafein menjadikan kulit tidak sihat kerana adanya kandungan kimia di dalamnya. JAUHI dari minuman berkafein!

Keju

Keju beri kesan negatif pada kesihatan kerana ada kandungan progesteron. Gantikan keju dengan yogurt yang tidak membahayakan kulit dan juga sangat mesra pada kulit.

Makanan bergoreng

Makanan bergoreng bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan, tetapi juga sangat bahaya untuk kulit. Rasanya ramai dah tahu bahawa makanan berminyak punca terjadinya jerawat.

Buah mangga

Makan terlalu banyak mangga boleh meningkatkan suhu badan yang menyebabkan terjadinya bisul dan jerawat. Kandungan glisemik tinggi dalam mangga meningkatkan tahap insulin darah yang mencetuskan berjerawat .

Bertih jagung

Popcorn mengandungi lemak trans dan kanji yang memburukkan lagi jerawat pada kulit. Ia juga mencetuskan keradangan kerana kandungan glutamat yang tinggi.

Jadi selepas ini jangan nak pantang kacang je makanan seperti diatas ini pun perlu di kawal pengambilannya.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...