Skip to main content

Terharu Dan Menangis Saya, Bila Seorang Lelaki Bertanya Soalan Ini Di Depan Semua Orang - Ustaz Ebit Lew


Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menerusi laman facebooknya akui tidak dapat menahan sebak apabila ditanya soalan daripada seorang lelaki ketika seminar keluarga sunnah bersamanya, Isnin lalu.

Menurutnya, soalan yang dikemukakan lelaki itu soalan terbaik dari seorang lelaki dan ketua keluarga kerana beliau turut berkongsi matlamat sama dengannya.
“Terharu dan menangis saya, bila seorang lelaki bertanya soalan di depan semua orang, ‘Ustaz, bagaimana saya nak jadi lelaki yang dapat membawa wanita dalam hidup saya ke Syurga. Saya nak bawa ibu, isteri, anak-anak perempuan dan adik beradik saya ke Syurga’.

“Itulah soalan terbaik dari seorang lelaki dan ketua yang baik. Lelaki yang sebenarnya. Lelaki paling ‘macho’...paling ‘awesome’. Saya rasa sedih sebab itu jugalah matlamat saya. Dalam kelemahan diri memerlukan pertolongan ALLAH. Pegang dan takkan lepaskan tangan orang yang kita sayang sampai melangkah masuk Syurga,” katanya .

Menulis panjang lebar, beliau sempat menceritakan bagaimana seorang lelaki mampu menjadi lelaki sebenar dalam keluarga.

“Lelaki ketua keluarga mesti jaga solat awal waktu berjemaah. Bawa keluarga jaga solat. Kejutkan keluarga bangun Tahajud. Menangis malam. Bangun awal sebelum Subuh. Rasulullah SAW kejut isteri dan anaknya solat. Abu Bakar RA ajar setiap ahli keluarganya solat paling khusyuk dan hebat. Tegur anak bila tak solat berjemaah.

“Umar RA solat malam dan kejut semua ahli keluarga bangun malam menangis depan ALLAH. Aisyah RA berkata apabila azan dilaungkan, Rasulullah SAW seolah-olah tak kenal sesiapa. ALLAH nombor satu. Barulah hidup berkat dan bahagia. Bila hati penuh kebesaranNYA.

“Lelaki ketua keluarga paling lemah lembut dengan ahli keluarga. Melayan dengan rasa sayang. Bergurau berbual dan bermanja. Bantu kerja rumah bila di rumah,” katanya.

Tambahnya, Rasulullah SAW sangat rajin di rumah mengurus pakaian sendiri, membantu menyiapkan makanan serta jahit baju dan kasut sendiri.

Katanya, lelaki hebat memicit dan prihatin perasaan, kepenatan dan sakit sang isteri serta rajin berkhidmat ibu bapa.

“Abu Bakar RA biasa tolong perah susu kambing. Biasa khidmat walau kerja biasa sedangkan beliau khalifah besar.
“Umar RA pandai masak. Masak dengan kayu api. Janggut kena asap. Dia hidangkan makanan untuk anak-anak kecil. Dia bergurau dan seronok tengok anak-anak bermain-main. "Dia pejuang hebat, pemikir ummah, paling tegas dan kuat menangis depan ALLAH. Tapi dia suka tengok anak-anak bermain. Itulah lelaki sebenarnya,” katanya.
Beliau juga menasihatkan agar hidupkan rumah tangga itu dengan amalan Al-Quran dan Hadis Nabi SAW:

“Kenalkan keluarga kepada kebesaran ALLAH, sunnah Nabi SAW dan kenalkan kepada keluarga Nabi SAW dan para sahabat. Ketua keluarga akan sentiasa membangunkan keluarga dengan dakwah dengan kasih sayang, bersama-sama buat dan bersabar. Bertenang dan istiqamah dalam mendidik.

“Akhirnya waktu malam setelah melakukan semua itu. Perlahan-lahan berdoa ‘Ya ALLAH betapa diriku sayang akan isteriku yang banyak berkorban. Sayangi dan ampunilah dia. Betapa aku sayang ibubapaku dan ibubapa mertuaku.

"Ampunkan mereka dan sayangi mereka. Anak-anakku, ampunkan dan sayangi mereka. Anak saudaraku semuanya, Adik-beradik dan manusia di seluruh alam maafkan kami semua. Sayangi dan ampunkan kami semua’,” katanya.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...