Skip to main content

Alhamdulillah! Budak Hilang Sejak 31 Okt Ditemui Di Hentian Bas

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan Noor Ayrill Aqasha Noor Shahril, 10, yang dilaporkan hilang sejak Isnin lepas, ditemui selamat semalam.
Alhamdulillah! Budak Hilang Sejak 31 Okt Ditemui Di Hentian Bas
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata kanak-kanak itu ditemui bersendirian oleh abang rakannya, Mohd Ismail Abdullah, 15, di sebuah perhentian bas di Bukit Ampang, di sini kira-kira 7.30 petang semalam dalam keadaan lemah.
Katanya berdasarkan pemeriksaan doktor, tiada sebarang kecederaan ditemui pada Noor Ayrill Aqasha.
“Kanak-kanak itu masih belum mahu menceritakan di mana dan dengan siapa dia pergi sepanjang kehilangannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Noor Ayrill Aqasha dilaporkan hilang pada 31 Okt lalu selepas keluar dari bilik sewa bapanya di Jalan Jejaka 5, Taman Maluri, di sini.
Kehilangan Noor Ayrill tersebar di laman sosial sejak semalam selepas ibu bapanya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi mereka selain memaklumkan kepada polis.
Sementara itu, Siti Rohayu Yaakob, 37, ibu kepada Noor Ayrill Aqasha, berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari dan mendoakan keselamatan anak sulung daripada tiga beradik itu.
“Saya bersyukur anak sudah ditemui… terima kasih kepada Mael(Mohd Ismail) yang menemui dan memberitahu kami,” katanya ketika dihubungi Bernama. – BERNAMA


loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut? ...

Mohon Sebarkan! Mengapa Kita Dianjurkan Berlama-Lama Semasa Sujud Dan rukuk? Memang ini Manfaat Yang Luar Biasa!

Solat lima waktu merupakan perintah yang wajib dijalankan oleh Umat Islam. Kekhusyukkan dalam menjalankan solat sangat penting untuk mendapatkan manfaat baik secara agama mahupun perubatan. Ada orang yang dalam solatnya begitu khusyuk dan menikmati setiap gerakan-gerakannya. Namun ada pula yang cepat-cepat agar solat segera selesai. Dua gerakan yang biasanya dilakukan secara kilat ada saat rukuk dan sujud. kerana urusan dunia biasanya manusia mempercepat dua gerakan ini agar solat cepat selesai.  Padahal dua gerakan ini memiliki manfaat besar dari segi perubatan. Jika dilakukan secara cepat, maka manfaat perubatan dari gerakan rukuk dan sujud ini tidak didapatkan secara maksimal. Manfaat perubatan apa yang dimaksud? Berikut ini ulasannya. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW memerintahkan umatnya untuk memperlama gerakan rukuk dan sujud. Menurut Rasulullah lamanya dua gerakan tersebut dapat menggugurkan dosa. Suatu hari Abdullah bin Umar -rodhiallohu anhuma- melihat seor...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan min...